Sunday, November 4, 2012

nikah oh kahwin....-__- "

Hurmm..semalam baru lepas tengok siaran majlis akad nikah farid kamil n diana danielle kat astro ria. how sweet..kelainan yang dibawa mereka ialah berkonsepkan 'garden akad nikah' or nak kata 'outdoor akad nikah' pun boleh gak..dan diana mengenakan busana pengantin plus kain sarung batik warna pink..simple but nice..saya suka..saya suka..hehe.



...sepanjang tahun, tak putus-putus orang kahwin kan?  sebab tulah, makin banyak bisnes wedding planner muncul dengan pesatnya..mana taknya, paling koman pun, mereka akan untung empat,lima ribu hasil dari berpenat lelah memastikan majlis perkahwinan client mereka berjalan lancar.. untung tau sape yang buat bisnes ni tapi of course la perlu kepada kecekapan dan ketelitian yang sangat tinggi demi memastikan kepuasan client. modal? kalau pandai, wedding planner ni tak perlu keluarkan modal walau sesen pun..hanya berbekalkan kemahiran dealing ngan supplier dan sub-sub mereka pun dah boleh untung besau..heheh.




tang pasangan bakal pengantin pulak, of course la macam-macam idea dalam kepala nak bikin baik punya wedding kan..kalau boleh nak je wat majlis super grand punye tapi budget pulak lari.. dan menjadi kebiasaan lah kalu ada kes-kes gaduh kecil tu...semuanya demi memastikan kelancaran majlis kedua-dua belah pihak.. dalam hal ni, rasional perlu diutamakan..ye, kita mahukan yang terbaik! sekali seumur hidup katekan.. tapi, pokok pangkalnye, back to basic lah.. kita menikah kerana menjaga kesucian agama kita, menjaga   maruah dan keturunan.asalkan sempurna majlis akad nikah, itu sudah cukup sempurna..jangan kerana terlalu menitikberatkan kesempurnaan yang perfect giler,heheh,, timbul pulak sengketa.. elok-elok je dah setting nak bina hidup baru, ngan keluarga baru pulak tu, alih-alih jadi konflik rumahtangga pulak..ini bahaya sebab boleh bawa barah berpanjangan dalam keluarga..darihal hantaran, jumlah maskahwin dan duit hantaran, menu kenduri yang tidak memuaskan hati dan bermacam-macam kerenah sesebuah majlis perkahwinan pasti sedikit sebanyak mencalar hati mana-mana pihak yang terbabit..akibatnya, hilangnya keikhlasan individu justeru menjejaskan keharmonian ikatan baru kekeluargaan selepas perkahwinan..dan pastinya setiap dari kita tidak mahukan begitu...kan?



pada mereka yang telah selamat berkahwin, mungkin dah ada baby..:),,, buang yang keruh, ambil yang jernih jika pernah ada seribu kelukaan dihati anda..biarkan ia berlalu walau anda rasa tidak adil bagi pihak anda, beralah lah..hargailah rumahtangga anda sekarang dengan punyai suami yang bertanggungjawab,isteri yang penyayang, anak-anak yang comel dan rezeki yang melimpah ruah,in sha Allah.. ambil iktibar daripadanya dan semoga anda tidak mengulanginya dimajlis perkahwinan anak anda kelak..:)



pada yang bakal akad nikah dan ber'bekwoh"( kata ore klate), jangan sesekali mengharapkan kesempurnaan, cukuplah sekadar mendoakan kelancaran majlis... jika semuanya ok seperti yang direncanakan, Alhamdulillah...tapi jika sebaliknya, just tutup mata dan biarkan saja..anggaplah ia titik permulaan rencah-rencah kehidupan anda berkeluarga..jika hal sekecil inipun diperbesarkan, bagaimana kita mahu hadapi cabaran yang lebih besar yang bakal mendatang,kan? yang penting, anda suami isteri sah diijabkabulkan..soal majlis, pilihlah bersederhana kerana ianya lebih me'rileks kan kepala anda sebenarnya.. sejurus sehari selepas majlis anda, tiada apa lagi yang lebih penting melainkan hari-hari yang anda lalui sebagai suami mahupun isteri.. pre-wedding preparation is not the key point of your marriage..tapi, post-wedding progress tulah yang bakal menentukan kebahagiaan yang kita harapkan sepanjang hayat kita..jom pakat-pakat fikirkan rasionalnya..  "SELAMAT BERUMAHTANGGA DAN SEMOGA TABAH DAN SABAR MENJALANI UJIAN HIDUP BERKELUARGA..." mohon yang terbaik daripada ALLAH swt.amin~~

No comments:

Post a Comment