Tuesday, June 19, 2012
This is me when I was 13 months old.. just looks like my son now..hehe. Mummy membesar bersama 4 orang abang and a sister.. Mummy lahir pada 18 Julai 1986, pada jam 4.25 pagi Jumaat di Hospital Kubang Kerian.. Time gambar ni diambil, Mummy dah boleh berjalan pada usia 9 bulan lagi, so mase ni dah pandai lari-lari anak la kot..
Ni pulak mase Mummy berusia 4 tahun...saje posing depan halaman rumah..Arwah Wan(ayah) suke sangat amik gambar Mummy mase kecik-kecik dulu..mengikut cerita Ma(ibu), Mummy sangat rapat dengan Wan semasa hayatnya..mungkin sebab masa kami bersama tak lama kot, cerita Ma lagi, Mummy selalu bermanja dengan Wan, pergi mane-mane pun nak dengan Wan, tidur pun dengan Wan..cari Ma time nak susu je..hehehehe.
Haa...nilah gambar arwah ayah Mummy...Gambar ni diambil kali terakhir sebelum Wan sakit.. Arwah menghidap barah usus dan sakit selama lebih kurang 3 bulan sebelum menghembuskan nafas terakhir pada 24 Mei 1992, saat Mummy menginjak ke usia 6 tahun...hurm sedih la pulak rasenye...rasa rindu pada arwah ayah Mummy yang hanya sempat bersama tak sampai pun 6 tahun..kini, genap 20 tahun pemergian Wan meninggalkan kami semua, dalam ingatan, kenangan dan doa agar roh beliau sentiasa bersama para solehin...amin......
Lastly, gambar terakhir arwah Wan bersama Ma, sewaktu terima pingat Sultan kat Istana Kubang Kerian..Mummy beruntung dapat ibu macam Ma, yang stay setia kat Wan sampai sekarang, teramat tabah membesarkan kami 6 beradik seorang diri dengan pendapatan tidaklah sebesar mana..rasenye, Mummy pun tak terlawan kecekalan hati seorang ibu seperti Ma, menjalani kehidupan sehari-hari dengan liku-liku yang cukup mencabar sampailah sekarang..kini, Ma dah bersara..sudah sampai masanya Ma menikmati kehidupan yang tenteram, berehat dari jerih perih kepayahan mencari rezeki hanya untuk anak-anak tersayang..sebab tu kadangkala, hati Mummy sayu mengenangkan perangai dan peel Mummy yang tentunya mengguris hati seorang ibu seperti Ma...Ya Allah, ampunkan dosaku... Ma, maafkan salah silap anakanda dari tahun 1986 hinggalah sekarang...anakanda doakan moga Ma menjadi ibu yang paling bahagia suatu hari nanti...amin..ampunkan dosa kami anak-anak(T_T)........azam Mummy, untuk berubah menjadi lebih baik, menjadi anak dan menantu yang mengenal erti budi dan hati ibu dan bapa..menjaga perasaan mereka, dan berbuat sebaik-baiknya sementara mereka masih ada bersama kita, dan kita masih lagi berkesempatan untuk berbakti kepada mereka...hurm.......................................
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment