Pejam celik, genap 3 months sudah kami sekeluarga berada di England, UK. i, suami, harraz n fayyadh.. Alhamdulillah, we finally settled down everything for these whole months, except for our kids' schooling. Wah wah wah mentang-mentang di England, dh speaking yo..well, i get used to it. Broken? abaikan..mat saleh sini pun tunggang langgang english diorang..bahasa pasar kan..Ok, sebelum terlajak jauh, i have to mention that i will use 'i' to assign myself, instead of aku. Sebenarnya dah lama i asyik confuse how to bahasakan diri ini kat sini. Sekejap bahasakan dengan nama sendiri, sekejap aku, but sometimes i felt awkward to use 'aku', macam kasar je.. So, from now on, i bahasakan diri sebagai 'i' ye kat sini..sesiapa rasa menyampah, sila blah..hehe. N kalau lepas ni i dah terlebih speaking pun korang maapkan lah ye...daily conversations and surroundings lah yang buatkan i jadi camtu..kalau uols di tempat i pun uols akan dengan automatiknye jadi gitu..trust me! Heheh..
Ok, back to salasilah bagaimana boleh sampai ke sini, i suka sangatlah untuk mengenangkan kembali detik-detik perantauan kami ke negara Ratu Elizabeth ini.. After settle kan semua urusan visa, tiket, dan dokumentasi dengan KPT, finally kami dapat tarikh berlepas ke London Heathrow Airport pada Isnin, 7 Disember 2015. Diiringi kaum keluarga seluruhnya dari Airport Pengkalan Chepa sampailah ke KLIA, benar2 buat i terharu, pilu dan sayu. Yelah, 3-4 tahun di negara orang, macam2 terbayang dalam kepala tentang keluarga di tanahair..Moga2 semuanya baik2 sahaja. i still remember the day nak berlepas pagi tu, i'm still finishing marking carry marks students.hahaha... FYI, after graduating my MBA, i got position as a part-time lecturer kat UMK. Dek kesibukan menghabiskan syllabus dan kelas ganti di kampus, sampaikan borang claim gaji pun x sempat i siapkan. Nasib baik ada Daus, kawan suami yang rela hati tolong setelkannya untuk i. Allah bless u and family, Daus.ameen..
nak dipanjangkan cerita, the last day my class ngan students was on 2nd December 2015, followed by my MBA convocation ceremony on 5th December. Ditambah pula kesibukan packing barang2 dalam luggage, dan menghadiri majlis2 pertemuan sebelum keberangkatan( ramai pulak yang ajak makan waktu tu), so i rasa waktu tu i benar2 terkejar-kejar. Seriously i sangat penat dah rasa macam kepala ni masuk air sebab tak cukup rehat..
Kami berlepas dari KLIA ke London Heathrow pada hari yang sama, 7 Disember 2015 jam 11.45 malam. Jika dikenangkan kembali, rasa nak menitik buat kesekian kalinya air mata tatkala lambaian terakhir buat sanak saudara terutamanya my mom..waktu tu, memang berjuraian lah airmataku tak dapat ditahan dah..lantaklah orang nk pandang i dah tak malu..i betul2 sendu waktu tu...oh tak nak ingat dah...akhirnya, berangkatlah kami 4 beranak dalam perut British Airways, memakan masa penerbangan 16 jam direct flight ke London Heathrow Airport. Husband i terus lena dalam flight, but i cannot sleep at all. Terlelap sekejap-sekejap je. Kiri kanan Harraz dan Fayyadh tido atas riba i, so how can i sleep properly. Sedih tau nak rehat x dapat..demi anak..huu..so sepanjang dalam flight, i makan jelah.pastu layan movie sambil tengok jarak perjalanan untuk sampai ke destinasi. Dalam hati tak berhenti berdoa..takut jugak perjalanan yang panjang camtu, Allah saja yang Maha Tahu..
Alhamdulillah, we arrived at Heathrow jam 5.40 pagi waktu UK, lebih kurang jam 12.40 tengahari waktu Malaysia. Sesampai saja di terminal, kami tak amibil masa yang lama untuk duduk menunggu flight dari London ke Leeds, walaupun waktu penerbangan adalah pada jam 7.40 pagi. Nasib kami baik kerana flight ke Leeds adalah di terminal yang sama iaitu Terminal 5. Tapi, kerana proses imigresen dan sebagainya, ngam-ngam je sebenarnya tempoh dua jam tu. Bermacam cerita kami dengar tentang kelecehan imigresen di Heathrow Airport berbanding tempat lain membuat kami sangat berhati-hati dalam penyediaan segala dokumen dan luggage yang kami bawa. Kami bernasib baik sekali lagi bila luggage kami tu tak check out di Heathrow sebaliknya terus ke Leeds. Kalau tidak, jenuhlah nak declare items bagai. Ramai yang beritahu, banyak barang dirampas pihak imigresen sana yang tak tepati syarat diorang. Heathrow memang camtu, ketat sikit.
Setibanya di Leeds Airport jam 8.40 pagi (tak sampai sejam pun flight dr London to Leeds, macam KB-KL je..) ma shaa Allah korang mesti tak percaya kalau i katakan airport dia sangat simple, macam pekan. Kalau lah Airport Pengkalan Chepa tu i bagi 4 star, yang ni 1/2 bintang kot. So, imigresennya memang takde, passport pun tak payah cek dah kat sini. Sini nak bagitahu, mat saleh ni tak pentingkan sangat gah-gah ni, janji adooo...hehe. Tapi kalau Heathrow tu confirmlah canggih, capital of England kan for sure lah superb. Seperti yang telah di offer oleh Supervisor my hubby, Prof Eggington dalam emelnya untuk menjemput kami di Airport, dia benar-benar tiba di Leeds Bradford Airport (LBA). Kami sangat bertuah dijemput sendiri oleh Supervisor PhD suami i. haha beruntunglah badan... Sesampai di LBA tu kami berbincanglah bagaimana nak hubungi supervisor my hubby tu..Tahu-tahu Prof Eggington sendiri datang cari kami. i masa tu tengah tunggu bagasi dengan harraz n Fayyadh sementara suami masuk dalam kedai untuk beli simkad baru untuk call his supervisor. Tetiba nampak seorang lelaki tinggi lampai, dalam lingkungan umur 60an tapi masih sangat hensem(heheh..) melilau-lilau dekat situ. i yang memang dah recognize wajah Prof. kat facebook dia suatu waktu dulu terus lambai kat dia n perkenalkan diri sebagai wife Mr.Hakam. Hohoho...apa rasa? excited lah masa tu tapi i cuba control my emotion..hehehe ko apehal..tak pernah tengok mat saleh? my hubby selalu cakap jangan dibanggakan sangat mat saleh ni..huhu..Prof Eggington sangatlah humble orangnye...tak macam typical profesor2 kita di Malaysia..opps! bukan semua camtu tapi ade kan..so lesson learnt lah untuk kita supaya sentiasa bersikap wasatiyyah walau siapapun kita.. hehe sekian tazkirah ringkas. So, tak lama lepas tu, kitorang angkut barang2 ke kereta prof dengan dia sekali tolong angkut beg2 yang berat tu..kesian la pulak tengok dengan kudrat 60an nye tuh angkat beg berat2..tapi dia nampak steady je i nengok.. dalam kereta kami borak macam2, n aku lebih banyak memerhatikan kiri kanan jalan. Anak2 dah tertido, jet lag agaknye.. Masa tu, terdetik di hati..tak sangka, impian kecil i masa kecil dulu yang suatu hari nanti i akan jejak jugak tanah England seperti yang dibaca dalam dongeng Cinderella, Snow White dan sebagainya rupenye hari tu jadi kenyataan..Subhanallah, betapa Allah sudah mentakdirnya untuk kami..kalau Allah dah kata kau akan sampai ke UK, maka sampailah jua akhirnya... Untuk menzahirkan lagi betapa mudah dan cantiknya aturan Allah untuk kami sekeluarga, kami sudah mendapat rumah di sini. Selalunya, student yang baru tiba di UK jarang terus dapat rumah, dan akan menumpang dulu beberapa hari di rumah host yang biasanya adalah dari Malaysian family jugak, sebelum mendapat rumah sendiri. Tapi kami beruntung, kerana Unipol ( agensi yang mengurus rumah untuk pelajar Universiti di UK, dalam kes ni Universiti of Leeds) telah tawarkan kami rumah di Grayson Heights, Kirkstall sewaktu kami di Malaysia lagi. So, sampai je Leeds terus boleh masuk rumah, tinggal ambil kunci je. Pejabat dia pulak di Grayson Heights tu sendiri. How lucky we are,kan? Alhamdulillah...All praise to Allah.
Nilah dia supervisor PhD my hubby..Prof.Stuart Eggington..haa tinggikan? nampak sangatlah my hubby kecik je nak dibandingkan dengan dia..hehe. |
So, Prof.Eggington waze je direction ke rumah kami tu.. terletak di LS4, jaraknye dekat sahaja dengan Uni Leeds di LS2, kalau naik kereta, dalam 7 minit je if traffic lancar.. Finally, kami tiba dengan selamatnya di Grayson Heights. ia adalah sebuah flat yang sangat selesa walaupun kecil (cukuplah untuk kami berempat), sangat hygiene dan modern..i suka lah tempat ni..cantik je ngan landskapnye, parking space nye...suke suke..hehe..ops lupa..masa tu baru masuk winter, so sangatlah sejuk macam dalam peti ais. suhu sekitar 4 ke 6 darjah celcius. So, rasa tak nak keluar rumah. Nak memerap je. Ditambah ngan jet lag, penat dengan perjalanan jauh dan juga new experience ngan environment n people tu buat i pikir betul-betul tak nak diganggu kalau boleh seminggu dua ni.. Lagi penat rasanya dari persiapan majlis perkahwinan i dulu...soooooo penat. Tapi, sudah menjadi tradisi new Malaysian disini, kami disambut dengan kedatangan jiran2 malaysia seorang dua bertandang bertanya khabar kami. First day sampai, dua sahabat Malaysia kami siap datang bawak makanan tengahari untuk kitorang. Dan selepas itu, jiran kami kat sini yang juga Malaysian datang bawak nasi lemak untuk dinner kitorang..ma shaa Allah, baiknye orang Malaysia kat sini..betul jugak kan, lagipun i nak masak takde ape satu pun, periuk belanga semua takde. So malam tu, husband Kak Aisyah yang bawak nasi lemak tadi tu, offer kami naik kereta dia untuk pi beli barang-barang dapur dan keperluan tidur seperti duvet, bantal dan cadar sebab tu lah barang-barang basic yang perlu ada untuk musim winter nih..sejuuk.. rumah Unipol telah dilengkapi fasiliti macam sofa, katil, peti,dapur dan oven serta mesin basuh, just kena tambah sendiri yang lain ikut keperluan..Banyak jugak kami habis malam tu, dalam 300 pound lebih untuk beli keperluan asas bilik tidur, towel, dan pinggan mangkuk serta hahaha i beli Tefal Bistro set 5 periuk skali ngan pan tu uols...alang- alangkan...hehe.
Setakat tu jelah cerita sampainya kami di bumi England, atau lebih tepat lagi di Leeds.. disini lah suamiku akan habiskan waktunya berhempas pulas menyudahkan PhD nye, amanat dari Kerajaan Malaysia..Good Luck, abang! Berkat doa kedua ibu bapa kami, alhamdulillah syukur sangat perjalanan kami dari KB-KLIA-Heathrow-Leeds berjalan dengan sangat lancar dan dipermudahkan Allah segalanya sehinggalah we reached our lovely home di Grayson Heights, Kirkstall, Leeds. Nanti sambung ek. Kbai...
No comments:
Post a Comment