SALAM... haaa ape yang anda lihat dalam gambar diatas sebenarnye memang itulah yang anda tafsirkan dengan mata dan fikiran anda.. KAIN BATIK SARUNG! ehehe asli ni tau.. lembut je kain dia.. bak sutera, sejuk mata memandang nengoknye..uhuu..
baru-baru ni, saya jalan-jalan sekitar bandar KB sambil cuci-cuci mata tengok pembangunan bandar kelahiran saya yang amat dikasihi ini..pastu tiba-tiba dapatlah call dari seorang member lama yang ajak ke kedai baru dia kat tengah bandar ni.. kebetulan, jalan kaki pun dah sampai.. cerita punye cerita, dengan keramah- tamahan yang amat member saya ni, maka akhirnya terbelilah saya sehelai kain sarung batik ni..
sebelum ni, saya x kisah sangat dengan kain sarung yang biasa dipakai wanita dan gadis melayu sebagai pakaian harian dirumah ni.. saya main pakai je kain yang mak beli. Once kain tu dah balik rumah, siap dijahit, dibasuh dan pakai for the first time, wah memang berbeza dari kain-kain yang saya pakai sebelum ni.. selesa?? haruslah... teksturnya lembut, coraknya pulak simple but nice dan penuh dengan ciri-ciri kewanitaan.. start dari situ, saya dengan rasminya menjadi peminat kain batik sarung ni..harganya pun sangat murah, just RM22 je.. absolutely cheaper compared to its quality...hurmm:)
So, I'm here not to promote suruh beli kain batik ni,ehehehe.. tapi promote gadis-gadis, wanita-wanita dan ibu-ibu diluar sana, khususnya melayu,,, pakailah kain sarung batik bagi menjaga warisan nenek moyang kita.. manis n sweet je kalau perempuan melayu pakai sarung batik ni tau... walaupun sekarang ni ramai yang prefer seluar sebab kononnya senang nak bergerak kan..kenape, pakai kain sarung tak boleh jalan kaa..? rasenye nak lari pun sonang, selak je kain tu.. yang mengejar pun tak jadi kejar la sebab terpana kann..so, selamatlah anda secara automatiknya.. thehehe mengarut je, tapi boleh jugak kalau nak try..hehe. Tapi serius cakap ni, anda lebih jelita berkain sarung..tak percaya? cuba tanya lelaki-lelaki diluar sana..hehe. anda akan nampak lebih ayu dan sopan.. bukankah kesopanan itu suatu fitrah? bukan tak boleh pakai seluar, tapi sekali-sekala menggayakan kain sarung dalam koleksi fesyen anda adalah sikit kelainannya..kann? tak la boring orang yang melihat, kannn...tepuk dada, tanya selera:)
Ok lah.. petang-petang Jumaat gini daripada tidur baiklah menulis kan.. sekurang-kurangnya boleh merendahkan risiko kegemukan..ehehe. untuk mood entri kali ni,, " Sangat Selesa Berkain Sarung Warisan Melayu.." ditdOt..!