Monday, July 11, 2016

A cup of coffee in the Summer's tea time, bringing back of good, old memories...

 
Tak pernah aku menyalahkan
Suratan dan ketentuan
Yang tertulis dalam hidup
Aku tabah menerima takdir
Ku pasrahkan.....

Ku tinggalkan cinta yang terluka
Membawa diri dengan hati yang terlara
Pasrah jiwa melewati cinta
Tanda derita tersiksa...

Ku berdoa ada kekuatan
Kuhulurkan salam kemaafan
Agar tenang jiwa lara
Tanpa dendam lama....

Sehingga detik berlalu.....


Bait2 lagu Fauziah Latiff kat atas tu...sangat meresap dalam jiwa. Setiap kita punyai suka, duka, dugaan dan cabaran dalam hidup, tidak dapat tidak segalanya harus diharungi dan dijalani dengan tabah.. terkadang kesukaran yang kita alami itulah yang memacu kita agar lebih maju ke depan, tinggalkan takuk lama yang tidak memberi makna.. Bila ada something yang push kita, kita akan lebih kuat dan lebih tabah malah lebih matang mendepani kehidupan.
Hidup adalah ladang ujian...tanpa ujian, bukanlah hidup namanya. Banyak yang telah dilalui sebagai isteri, ibu, anak, menantu, kakak, adik, mahupun ipar duai, juga sebagai sahabat, dan wanita, banyak hati yang telah dilukai, banyak juga yang telah melukakan,namun masih jauh lagi perjalanan yang hendak dituju, pelbagai rintangan lagi bakal menjengah. Apa sahaja yang bakal dijalani di kemudian hari, didoakan semoga hati ini terus diberi kekuatan, ketabahan, serta sifat memaafkan. Kalau kita terlalu berkira dalam kehidupan, inginkan yang sempurna sahaja, maka hidup itu kosong sebenarnya. Hidup perlu ada rencahnya, perlu ada sisi gelapnya agar kita berusaha mencari cahaya. 'Lights will guide you home...' Sekian. 

*** Saje je petang2 gini, i terkenang kenangan pahit manis yang telah dilalui.. Dan kerana kenangan2 itulah, i am who i am now, i stand where i stand now.. and i am sure to be who i will be soon.. i am very pleased and lucky to have some people around me that make me strong! And i could't deny that no matter what, Allah is always besides me, as He is The Fine Helper. Hasbi Allah wa Ni'mal Wakiel....He gives me everything I want and what I need. I am so, so thankful, and may it lasts forever......We are planning, Allah is also planning for us, and He is The Most Perfect Planner.

Tuesday, June 21, 2016

4 Seasons & Waktu Solat UK.

Bangun pagi ni rasa pening, nak muntah, loya....eh? tak..tak...don't expect i'm pregnant,ok? hehehe nak je dapat baby girl ke pulak menambah seri dalam rumah yang sedia ada 2 orang hero ni, Harraz & Fayyadh. Tapi, maybe it's not the right time to deliver a baby here..unless memang Allah nak bagi..segalanya terserah padaNya..siapalah kita nak menentukan segalanya...

Sebaliknya, ketidakstabilan ini boleh jadi berpunca daripada waktu tidur dan bangun kat sini.. awal kami datang ke England dulu, masa tu winter.. pukul 4 petang dah malam, dah masuk maghrib..6 Petang dah isyak....8 malam tu dah macam 12 tgh malam kalau kat Malaysia..Subuh pulak hampir 7 pagi..

Masuk Spring,  waktu solat berubah drastik seiring dengan perubahan musim... waktu Maghrib, Isyak, dan Subuh jadi lebih kurang ngan waktu Solat di Malaysia..so, feel ok skit sebab sama cam waktu kebiasaan Solat di Malaysia.. Namun, lama-kelamaan waktu solat berubah mendadak, berganjak ke pukul 9.30 malam untuk waktu Maghrib, dan seawal 4 pagi untuk Solat subuh. Pukul 5 pagi tu dah terang benderang..jadi, kami yang biasanya Solat Subuh jam 5.30 ke 6 pagi tu selalulah terlepas awal2 tu..huhu.

Sekarang dah nak masuk musim Summer, yang mana berkebetulan tahun ini time puasa..jam 9.40 malam baru masuk Maghrib dan seawal 3.25 pagi sudah Subuh, 4.30 pagi sudah keluar matahari..Jadi, kami cuma ada tak sampai 6 jam untuk makan sebelum kembali berpuasa..

Yang lebih mengujakan, dalam tempoh waktu Summer ini, tidak ada waktu Solat Isyak yang khusus. Entah, i pun masih kurang jelas maksudnya bagaimana.. Ada yang kata matahari tak terbenam sepenuhnya musim summer ni, so waktu isyak sebenarnya tiadalah sebab matahari tak 'turun2'..kalau malam pun, macam nampak lagi biasan cahaya matahari tu di kaki langit, tidak sebenarnya kelam seperti malam kat Malaysia tu...seolah2 ada lampu kat langit tu..adapun begitu, ada ulama' sini mengesyorkan boleh dilakukan solat Jamak Tamam waktu Isyak sejurus Solat Maghrib..ada pula yang kata, boleh mula solat isyak dalam setengah jam lepas solat maghrib..tapi kalau tengok kat Kalendar Takwim Solat yang dikeluarkan oleh Leeds Grand Mosque (LGM), tiada waktu Solat Isyak dipamerkan, setakat waktu Maghrib je ada..jadi, kami mengikut jumhur ulama sini agar Jamak Tamam waktu Isyak tu sejurus solat Maghrib,sebagaimana yang diamalkan jiran2 Mesia kami sepanjang mereka di sini..

Namun, bermula Ramadhan, waktu Isyak yang diletakkan oleh LGM adalah sama sepanjang Ramadhan, iaitu 10.45 malam bagi memudahkan Jemaah untuk Solat Isyak dan Terawih di Masjid. Begitulah....sedikit sebanyak perihal waktu Solat di Leeds.. Kami pernah ke Manchester untuk berbuka puasa di sana, dan waktu berbuka adalah berbeza walau satu England. Yelah, lagikan Selangor dan Kelantan pun beza waktu buka nye kan..tapi perbezaan puasa di tempat2 seluruh UK agak ketara. Di Leeds puasa 18 jam, Newcastle puasa 19 jam yang mana diorang jam lebih kurang 2 pagi dah subuh, di Glasgow 20 jam puasa..itu yang paling lama..i tak tau la kot ade yg puasa hampir 24 jam..ada dengar jugak tapi x sure kat mana..

So, begitulah. Rasenye puasa di sini benar2 suatu jihad buat kami. Sementara melihat sekeliling yang ngap sana teguk sini selamba je( kat Mesia x boleh makan depan public bulan puasa walaupun non-muslim kan?), puasa 18-20 jam sehari, tiada bazar Ramadhan, tiada alunan solat terawih bergema di masjid2(sebab sini azan ke,solat ke tak boleh guna microphone dan pembesar suara), tiada lantunan bunga api dan mercun, so suasana puasa tu takde..tak feel melainkan dalam rumah sendiri..huhu....satu hal lagi, saat nak berbuka tu, nak makan cam dah tak lalu, sebab walaupun lapar, tubuh dah bagi signal nak tidur..dan jam 3 pagi paling tidak dah kena sahur..yang kebiasaannya masih lena waktu itu..jadi, benar2 rasa ting tong dengan percaturan waktu tidur yang carca marba itu....drastik sangat perbezaan waktu Solat antara musim kat sini...semoga diberi kekuatan oleh Allah untuk sentiasa Solat di awal waktu, walau sudah beberapa kali kami terbabas waktu.. kadang2 cuba juga tidak tidur lepas buka puasa, solat maghrib, isyak dan terawih. Tapi tubuh dah benar2 penat seharian berpuasa, jadi tidak dapat tidak terjenera juge..hehehe..dan lepas sahur dan solat Subuh, kami akan qadha tidur sampai 7 pagi. kalau hari minggu lagi teruk, sampai 11 pagi..Allahu..kalau mak ade ni, bebel panjang mak nanti..hehehe..yang best nye, kalau nak ganti puasa nanti, ramai yang pilih puasa time winter, sebab kejap je siang..hehehehehe.....

Ok lah, arakian waktu Solat dan Ramadhan story...sekarang ni jam 11.35 malam, sedang moreh lepas terawih..moreh sini seolah2 sahur dahla..makan kuih2 ngan kopi sikit...so kalau tertido, kalau sempat bangun sebelum Subuh nanti, minum plain water dan makan pisang@kurma sebijik je dah memadai untuk perut yang masih kekenyangan....mata pun dah berat ni...baiklah, sekian...SHARING is CARING..kbai.

Friday, May 6, 2016

Salam Spring...

 Dah masuk musim bunga.....Alhamdulillah, perasaan ingin pulang ke Malaysia tu dah beransur reda semenjak masuknya musim bunga di sini...kata orang, mula-mula tempat baru macam tulah..bila dah settle down baik punye, dah kenal ramai orang, dah biasa dengan suasana dan tempat, maka kita akan lebih tenang melalui rutin harian... owh betapa rindunya i pada sinaran mentari pagi...dan beberapa minggu ni i dapat menikmatinya saban hari..jenguk2 kebawah, almaklumlah i duk flat tingkat 5. sudah nampak bunga2 berkembang tumbuh dengan sendirinya atas rumput2 hijau... yang kuning tu i tak tahu ape nama, but the white one tu is chamomile...sungguh kiutlah bak hang...and akan nampaklah saujana mata memandang keseluruh bandar Leeds dari tingkap rumah i ni haa..takdelah seluruh bandar pun..nampaklah bangunan2, bridge2, sungai2 kecil yang mengalir, and most importantly nampaklah Parkinson Building, mercu tanda University of Leeds, tempat hubby i kayuh basikal tiap hari demi sebuah amanah dari Kerajaan Malaysia. Rumah kami dari universiti hanya 20 minit kalau berbasikal. Hubby i dah makin kurus dek berbasikal saban hari tau, and i tak senang dengan keadaan itu sebab i makin kembang.hohoho....

Oklah, i nak share tentang kehidupan i di sini.. untuk panduan uols yang mungkin bakal berhijrah kesini, atau kerja@belajar ke sini, atau saja nak datang melancong sini kan....sila-sila..England is a beautiful place to visit as long as u are tough enough to deal with coldness..heheh. Takde masalah pun kalau uols macam Elsa Frozen tu, cold never bother u anyway..hahaha...

Baiklah. Sejujurnya, dari segi perbelanjaan harian, i sangat gembira di sini kerana what u buy is value for your money. UK guna matawang pound sterling(£).  Basic income mesia dan UK adalah sama. (ni i dapat dari beberapa sumber la..kalau salah, tolong betulkan ek) contoh: kalau mesia RM1800, kat sini pun sama £1800. Dah jangan convert2 pulak.. Bezanya, kat sini kuasa membeli tinggi sebab dengan hanya seringgit lebih, uols dah dapat beli susu segar 6 pints bersamaan dengan 3.409 liter(£1.30). Aiskrim anak2 yang dalam bekas tu 2liter hanya 89p( kalau kita 89sen lah sepatutnya kalau tak ikut teori parity) and pisang seikat(selalunya 7 biji) hanya 68p. Secara amnya, kebanyakan barangan masakan, barang dapur, dan makanan boleh didapati dengan kadar serendah 20p (garam) hingga ke £1. That's it! Bahagia kan kalau kat Mesia boleh apply the same thing, pasti rakyat tak bising walau harga minyak naik atau tax tinggi sebab rakyat mampu berbelanja dengan hati yang lapang.  Kat sini kalau makan kat kedai a bit mahal lah compared masak sendiri kat rumah. Raw material sini murah, macam kat restoran tu mahal sebab servis diorang produce makanan tu including VAT charge. VAT tu same as GST kita lah.

Biasanya, setiap hujung minggu i sekeluarga akan keluar beli groceries lah untuk seminggu. Sambil2 bawa anak2 jalan2 kan sebab tu kitorang selalu keluar hujung minggu..weekdays kami biasanya memerap je kat rumah, sementara anak2 tak sekolah lagi ni.. yang wajib kami beli tiap minggu adalah seperti banana, fresh milk, yogurt(yogurt untuk 4 kotak kecil cuma 33p sahaja), roti sandwich macam gardenia tu harganya pelbagai antara 40p hingga £1 tapi gardenia kat mesia jauh lebih sedapp ohh, sayur mayur, telur(15biji=£1) dan lauk pauk mentah (ayam halal kalau bahagian dada@ peha tu boleh dapat 3 kotak dengan harga £10 kat asda -nanti kita cerita pasal asda), ayam kalau beli kat Muslim butcher boleh dapat 5 ekor baby chicken £9, kalau ayam besar mahal sikit seekor £5. Daging 1.3kilo dengan harga £7.50, tulang rusuk sekilo £7.50, dan kambing sekilo £9.

Kalau kami tak beli ayam atau daging minggu tu, kami akan ke pasar segar dekat city untuk beli ikan atau seafood. Itu di Kirkgate Central Market. Ikan agak mahal disini, selalunya kami akan beli ikan mackerel(sardin) atau sea bass(siakap) dalam range harga seekor £1 kurang lebih. Udang dalam sekilo £10, dan sotong paling mahal sekilo £8 tapi besar. Haritu i beli sekilo, dapat seekor yang besar gile, tapi boleh 3x masak baru habis. ok lah kan..

Awal2 kami datang sini, kami selalu beli barang dapur kat Abu Bakr, satu supermart kecil berhampiran uni Leeds, sebab situ je kami yakin halality nye..halality?? haha istilah baru...sini kalau yang halal dia akan cop "halalified".. so, bila dah agak lama, dah ada kereta senang nk mobilize ke sana sini, dah dapat info dari jiran2 mesia dan pelbagai sumber maklumat saban hari, maka kami pun kenal la Asda, Aldi, Sainsbury, dan Morrisons. 4 market nilah yang paling femes di UK ni sepengetahuan i lah.. even Aldi pun ada kat Ireland(my adik ipar yang belajar kat sana bagitau). So, i ngan hubby ni selalu compare harga yang i rasa semua orang terutamanya yang family household dia besar akan buat macam tu kot..haha. so, bila dah pergi asda, barulah i tahu rupe2nye sekarang ni senang dah nak dapatkan produk halal di sini, u cari je yang ada logo "vegetarian" atau dia tulis "suitable for vegetarian", so automatically u boleh consume that product.. herm tapi hati2 jugak tau, sesetengah produk walau vegetarian, uols kena tengok jgk ingredients die coz it may contain wine @ liquor sebab itupun consider as vege kan..so, be careful.. kalau takde cop vegetarian tu, and u nak jugak produk tu, kena rajin cek lah ingredients die..boleh akses zabihah.com atau any portal yang provide information pasal produk halal atau tidak macam yang ada E150, E400 dan sebagainya...

Sekarang, kami lebih suka berbelanja di ALDI sebab jauh lebih murah berbanding ASDA. Kalau Morrisons memang kami jarang pergilah sebab antara yang termahal lah buat masa ni. Sainsbury pulak lebih kurang Asda.. ade yang mahal di Asda tapi murah di Sainsbury, dan sebaliknya.. tapi Aldi memang jauh lebih murah, beza harga untuk total pembelian yang sama antara Asda dan Aldi adalah £15 hingga £20 jauh lebih murah di Aldi. Kualiti adalah sama. Berdasarkan pemerhatian kami, lebih ramai orang di Aldi berbanding Asda. Sebelum ni jiran kami, Kak Aisyah pun selalu cerita yang Aldi jauh lebih murah, tapi saje lah kami nak explore sendiri dan memang diakui lah betulnya..hehe.

Kalau beras, selalu kami beli kat kedai Pakistan je, macam Abu Bakr td.. Kalau barangan mesia macam kicap, budu, sos cili, kicap sotong, sos tiram, belacan, oooi semua barang Malaysia adalah kat kedai Cina atau Siam. Hatta daun pandan, daun pisang, pegaga dan daun kesum pun ade...beras pulut, beras nasi dagang, tepung pulut,tepung beras, bihun, asam jawa, manisan(org klate panggil "nnisey" pun ade..) haishhh memang ada semua benda lah..don't worry..  so, kat Leeds ni kalau kedai Cina tu sama ada Hang Sing Hong, Sing Kee atau Continental... kalau kedai siam, Nong Phern, ada lagi kedai lain kot tapi kami x explore lagi setakat ni...haa... ok? alright....

Tu pasal groceries lah kan. Kalau untuk barang rumah dan lain2, banyak sangat kedai2 yang boleh dapat murah macam poundworld, pound stretcher dan sebagainya. macam kalau di mesia, kedai dua ringgit lah. tapi kat sini 1 pound je, everything dalam kedai tu £1. even white plate yang selalu kat mesia tu kita beli kat KK Home Decor tu kan, kat sini boleh dapat dengan harga £1 saja each. Pinggan tu pun berkualiti, dishwashable and microwaveable jugak...Kami selalu pergi kedai yang berlainan untuk compare harga dan memang barang2 rumah kami dari pelbagai jenis kedai lah such as Home Bargain, Mega Value, TK Maxx, Argos, Chlas Ohlson, dan sebagainya..

Kalau bab pakaian pulak, awal2 haritu kami selalu ke Primark, sebab masa tu ada sale Christmas and New Year, so memang jauh lebih murahla harga masa tu..ataupun kat Sports Direct, atau Next. Kalau Debenhams, River Island, and Dorothy Perkins tu kami just window2 jelah..hehe. Kalau uols rajin google time diorang sale, boleh je kunjungi gedung2 tersebut n dapatkan harga yang murah serendah £20. Kalau Cath Kidston tu time sale boleh je dapat handbag serendah £18( diorang sale biasanya on Black Friday and Boxing Day aje..tu sale yang besar2an lah)..kalau rajin, boleh jugak visit designers outlet tapi biasanya agak jauhlah... yang pernah kami pergi setakat ni Junction 32(Leeds), Cheshire Oaks (Liverpool), dan York Designer Outlet (York). Kat designer outlets ni mcm JPO kat Johor ..pelbagai branded outlets ada kat situ..

Cerita bab pakaian dan permainan anak2, paling best kat sini ada berlambak Car Boot Sale di merata tempat. Ada yang entry fee berbayar dan ade yang free, tak mahal pun, between 50p ke £1 per person.kids entry FOC.  Carboot sale nilah yg selalu jadi tumpuan Malaysian sebab uols boleh dapat barangan dengan harga yang murah gile, tapi barang tu still in highly good condition. Tapi uols kena pandai pilih carboot lah ye... kalau carboot tu di kawasan yang ramai Pakistan, macam Bradford, better hati2 sebab kebanyakan barang yang diorang nk let go tu dah buruk,lusuh dan less quality dah. Ni berdasarkan pengalaman member2 kat sini lah dok cerita. Better go carboot yang ramai white people sebab, selalunya, barang2 yang diorang jual kat carboot tu adalah barang2 yang masih baru tapi diorang nk let go sebab nak beli yang lain. Trend mat saleh sini, diorang suka tukar perabot dan barang rumah ikut trend. So kalau dah boring dengan suatu trend tu, diorang akan tukar the whole unit dalam rumah diorang. Walau yang sedia ada still baru lagi.. and diorang ni tak suka simpan barang lama dalam store, kalau uols tengok space rumah diorang pun kecik aje. halaman rumah pun sejemput je tapi kiutlah macam rumah Baggins dalam cerita The Hobbit pun ade i tengok..kiut miut.. ok, berbalik pada cerita, so diorang jual la kat car boot dengan harga dibawah £1.

I nak cerita pengalaman gi 2 carboot yang berbeza. Satu ni, kat Otley area Leeds lah.. tujuan utama, nak beli mainan ank2 sebab tak nak dah beli yg new, sekejap je sayang barang2 diorang tu..sudahnya dibaling sana sini...so, mak ayah pun terbayang la duit yang melayang saat diorang baling mainan2 tu..huhu. so kami pergi je cari kat carboot sebab maklumat mengatakan kat carboot la boleh dapat mainan murah2 giler.  First impression kami kat Carboot ni tak best lah sebab mahal jugak. Yang kami pergi tu Otley. Entry fees £1 for each adult. Parking jauh kat luar, kena jalan kaki jauh nak masuk dalam carboot. Padat dan berterabur.tak best..Kami beli set keretapi Thomas and Friends dan litar dia tu berharga £9.. huu mahal tu bagi kami.Dan banyak barangan lain pun agak mahal lah, above £5. So, tu 1st car boot yang kami pergi. Agak mengecewakan. Rasa macam dah serik.

Recently, kami menziarahi sahabat di Newcastle. Dia bawak gi Blaydon Carboot. Entry fees 60p per person,adult. So, kami round lah..  ia sebuah padang yang luas..parking disediakan kat dalam bersebelahan area utk jualan..and tersusun macam bazar ramadhan kat mesia tu..ada beberapa lane panjang yang menempatkan para penjual dengan barangan dagangan mereka. Barang2 pun tersusun teratur, dan menarik. Wahh i like.. round punye round, kami beli satu wooven bag yang paling besar tu( boleh muat dua bantal tido tanpa perlu melipat bantal itu) mengandungi barang2 mainan utk boys. Ada kereta and truck pelbagai saiz, robot, anime, bola, pistol dan sebagainya..ada banyak dalam tu bukan satu dua je.. tahu berapa harganya? "u can have the whole bag with £3", kata penjual itu.. apa lagi, sengih lebar hubby i, terus angkat bag tu. hehehe macam ni baru seronok.

Kami round lagi... jalan punye jalan, i beli coat baru brand Topman dengan harga £4.50 setelah tawar-menawar. Harga asal dia letak £6. Baru gile lagi coat tu..tanya dia, katenye dia jual sebab tak muat dah, beli kot baru. So, i agak2 la kan mat saleh ni agak cermat jugak diorang.. barang2 yang dijual diorang basuh dulu, sebab memang bau softener.. finally, kami singgah kat satu kiosk ni..(kiosk ke...sebab style diorang kalau takde meja, diorang hamparkan barang jualan atas kain tebal atau karpet.sama macam pasar tani mesia)..ok, nak jadi cerita, mula2 kami pilih tu, dia letak harga £3 sehelai. kami belek lagi. sekejap je lepas tu dia turunkan £2 pound each sambil melaung2 "two pounds..two pounds each..".. aik? dah turun? i n hubby pun dah mula pandang satu sama lain... kami pilih lagi... pilih punye pilih, x lama lepas tu dia announce £1 each..barangkali die dah nak balik agaknye sebab masa tu hampir jam 12 tengahari dah..nak tutup kedai dah.. so, apalagi i and hubby lagila banyak pilih baju2 tu.hahaha gelak sakan kami..seronok..baju2 tu tip top ok, brand new.. kami pun  tak sure brapa kali diorang pakai dah nak jual.. akhir sekali, kami singgah kat gerai jualan pakaian 3 helai for £1.. kami amik la baju and seluar utk anak2..paling best, kami beli 3 set duvet single bed dan 3 set duvet double bed, satu selimut ikea, dan table runner dengan harga berapa tau??  TWO POUNDS utk semua itu....dia tak kira pun..kami longgok depan dia, she just says, two pounds. hahahahaha ni baru carboot...seronok. Thanks sangatlah pada member yang bawak tu..puas hati kami membeli belah bilamana 3 longgok plastik sampah hitam yang besar tu penuh ngan pakaian dan cadar serta mainan anak2.. tapi sayangnya Blaydon Car Boot tu jauh dari Leeds, dia dekat Newcastle..so, kami kena survey lagi la car boots dekat area Leeds yang sama ngan kat Blaydon ni... so, kalau uols melawat Newcastle, jgn lupa pergi Blaydon Car Boot ye..berbaloi....patutla diorang ni suka sangat gi car boot..uols should go first, then baru komen ape2..hehe. Setahu i la kan, kat mesia pun dah start ade dah car boot sale ni kan... yang i tahu kat area stadium Shah Alam setiap sabtu pagi. So, pada yang belum pergi, bolehla amik pengalaman gi.. pada yang berperanan sebagai seller, jual lah produk yang berkualiti dengan harga murah2 aje...uols pun just nak let go je kan barang2 tu..takyah la jual mahal2.. daripada tak dapat langsung kalau buang barang tu, jual dapat sikit pun jadila kan..menjual sambil bersedekah kata orang....hehe. ops satu lagi, kat carboot sini, kalau nasib u baik, u boleh dapat free je barang tu in case seller tu nak bagi..so, pandai2 lah ye...

ok...sekian dulu pasal hal berbelanja  di UK untuk entry kali ni...next time i nak share story pasal orang2 dia pulak ye...uols jangan banned i tau...i cerita ni based on my own observations, experiences, dan juga cerita2 dari warga sini...tak semestinya 100% betul, tapi at least u get the idea la kan... sharing is caring...kbai, Assalamualaikum.








Assalamualaikum wbt..

Usai berborak dengan my mom on the phone, i termenung sejenak...masih banyak masa untuk dihabiskan disini, bermakna masih lama lagi untuk pulang bertemu ibu, keluarga sanak-saudara, dan teman2 yang dirindui saban hari...adehh touching kejap.

Genap 5 bulan i kat sini..di bumi England. Hari2 yang dilalui makin lama makin terasa kejapnya.. Sebab makin banyak urusan yang perlu dibuat sehari-hari. Pengajian. My hubby dah start bz ngan lab work nye...hari2 balik dengan wajah sepuluh sen kepenatan. Pengajianku. i sendiri sudah berjinak-jinak dengan kepeningan dan persoalan kajian yang masih belum berjawab.. buat yang sama keliru macam i, banyakkan membaca blog Dr. Othman Talib atau Dr.OT untuk panduan berhubung thesis master dan PhD. Semoga membantu.

Persekolahan anak-anak. Alhamdulillah, Harraz akan mula Reception September ni.. Fayyadh pula in the waiting list untuk nursery.  Sistem pengajian di UK ni controlled by City Council untuk setiap bandar. Contohnya di sini, Leeds City Council bertindak meng'assigned sekolah mana yang akan anak kita belajar. Camni, bila anak kita masuk umur 5 tahun bermula September(bukan Januari ye...kat sini akademik year diorang dikira bermula september setiap tahun) , so that kid kena register for reception, kira start primary level dahla tu. Mula2 parent or carer akan daftar online anak mereka dengan City Council, dan pilih 5 sekolah terdekat yang kita prefer for our kids utk Reception tu. Sooner, City Council akan hantar surat menyatakan sekolah mana yg anak kita dapat, usually sekolah yg paling dekat dengan rumah kita lah if ada kekosongan.. then, kita kena maklumkan sekolah tersebut dengan bawak surat dari City Council tu..then, barulah bermula dealing kita directly ngan sekolah tersebut. Berbeza ngan nursery, kita boleh directly pergi ke sekolah tersebut untuk daftar, n anak kita sudah boleh mula bila ada kekosongan. Macam sekarang, Harraz still dalam waiting list untuk join nursery. If not, dia akan terus masuk Reception september ni.. bagi Fayyadh pulak, i dah awal2 daftarkan waiting list untuk nursery, at least paling lewat pun September ni for sure dia dh dapat go for nursery. Pendidikan di UK ni adalah percuma all bear by the Government until reach secondary school. Bila dah start high school rasenye baru start bayar..i malas nk google, u all try to find lah ye regarding this.. yang pasti, primary school memang free of charge.  

Other than that, kitorang assumed that we have settled down completely here...dh get used dgn environment sekeliling macam parks, kedai2, places of attractions etc. Dah mula faham loghat dan percakapan orang2 sini, boleh la tangkap sikit2.. kalau uols datang sini, then u will know their slang. tak faham kau..kalau perkataan macam UPSTAIR tu, instead of "apsteir" diorang sebut "upsteir", GOOD LUCK "gudlak" jadi "gudluk", MONDAY "mandei" jadi "mondai", IMPORTANT jadi "impor an", BAG disebut betul2 "bag", BUS tu disebut "bus" , DONE tu disebut "don" haaa....memang tak faham la ko...macam baku pulak kan..diorang pulak cakap laju memang tertangkap2 lah ape yg disebutnye...nasiblah kalau paham2 lah, kalau tak sengih kambing jelah..jauh lebih faham kalau speaking English di negara kita..

Keberuntungan kami disini adalah stay di rumah under kelolaan UNIPOL. i dah cerita pasal Unipol last entry kan.. So, besides keselamatan terjamin in shaa Allah, maintenance dilakukan secara berkala dan cukup efisyen disini.. Setiap bulan, akan ada wakil selenggara bangunan ni akan datang dari flat ke flat( sini unit rumah tu dipanggil flat, bukan flat tu mewakili sebuah bangunan ye, tapi mewakili unit satu rumah) untuk selenggara macam2 lah..Diorang cek kipas penyedut kat dapur dan toilet, cek suhu air(sebab kat sini kena pakai meter pemanas untuk pastikan air supaya tak jadi beku), check alarm sistem, even diorang pun ada buat khidmat cuci kepala pancur ( kepala shower tu) diorang cuci setiap 3 bulan untuk nyahkan bakteria...dasyat kan? kita kat rumah pun x pnah cuci benda alah tu..satu je i x suka kalau diorang datang..diorang simply masuk dengan berkasut macam tu je..nak disuruh buang, nampak cam diorang x suka..tapi this is our house kan? diorang bukan paham pun status kasut diorang tu boleh mendatangkan was-was kita untuk solat dalam rumah ni..hadeyh la mat saleh pun...nk wat camno, berserah sajelah pada Allah..moga diampunkan dharurat itu..dan sepanjang disini, Unipol akan rating status kebersihan rumah kita..kalau kotor sangat, diorang akan hantar letter of advice lah suruh to be more clean..so, kena pastikan rumah terjaga n sentiasa bersih, neat and tidy,hokeh? so, bersih sangatla korang masuk dalam rumah kami berkasut tu eh?

Trend kat sini adalah online shopping.. ape2 pun online. even i beli exercise bike pun online, harga murah gile boleh dapat sama ada kat amazon, ebay, gumtree, Groupon UK dan sebagainya. Kalau beli melalui Groupon, boleh dapat cash back. Seronok..haritu kitorang beli pressure cooker guna Groupon ni, dari harga £99 boleh diskaun sampai £34. Free delivery plk tu.. 3 hari je tunggu, barang sampai depan pintu rumah.. even grocery pun beli online.. click sayur, ikan, ayam dan sebagainya, bayar online, tinggggg sampai driver dia hantar depan rumah... kalau order makanan pulak toksah cakap lah... select restoran dan menu kat website JustEat atau HungryHouse, dia akan redirect to that restoran, tingggg sampai makanan depan pintu rumah...best kan? sebab tu i makin berisi..x yah gi mana2, memerap je kat rumah semua datang sendiri.. tubuh pun tak aktif bergerak..heheheh.

kat sini, rata2 pembelian jarang orang bawak cash melebihi £20. Kalau uols bawak £50 pergi grocery, sure diorang pelik n boleh detect u bukan orang sini..sebab takde org buat macam tu... di mana2 kedai org pakai debit card je.. even u nak beli items berharga £1, boleh je bayar guna kad. Safety,kan? i rasa, this implementation is recommendable to be applied kat mesia lah...untuk elakkan kadar jenayah ragut/rompak yang makin lama makin mengerikan.. so, kedai2 kat mesia kena amik inisiatif sediakan portable mesin ATM yang uols biasa tgk kt cashier shopping malls tu la..kena push kerajaan mesia improve policy regarding this. ok?

Satu yang i paling suka sini, ialah amalan rakyat diorang yang suka berjalan kaki ke mana2.. ada jugak yang naik basikal. Mereka lebih banyak guna public transport kalau nak ke tempat yang agak jauh, dan lebih suka untuk berjalan kaki. Kalau 5km berjalan kaki tu biasa je bagi diorang kat sini.. sebab tu orang dia sihat2, punggung kecik2, kaki kecik2.. jalan sambil makan pisang rilek je... ok lah if uols kata sebab cuaca diorang sejuk tu la yang best berjalan kaki n cycling kan.. tapi kita still boleh adapt it dgn modify lane utk pedestrian n cyclist kat mesia..contohnya, banyakkan tanam pokok tinggi2 sekeliling lane tu atau boleh saja letak bumbung untuk elak cuaca panas..boleh kan??

mungkin jugak salah satu cara Gov UK nk kawal kesesakan lalulintas dan pada masa yg sama, galakkan rakyat hidup lebih sihat dengan berjalan kaki. Kalau uols nak tahu, parking kat sini sangat mahal. Paling murah adalah £1 sejam dekat city. Tu paling murah ye.. dan biasanya orang x parking sejam sebab kedai2 agak jauh, meaning that lepas parking, uols kena amik masa berjalan kaki pulak ke destinasi masing2. Parking space adalah limited, dan ada sesetengah laluan kenderaan awam tak boleh lalu dari 5 pagi sampai 10 malam. Hanya bas dan taxi saje boleh use that lane. Rata2 speed limit pulak adalah maksimum 30km/jam sahaja kat area city.. haa tak ke haru..but it's good to prevent accidents and congestion in the city kan... sistem bas diorang mmg efisyen lah..banyak sangat bas, all double-deckers, and punctual. ade la lewat seminit dua gitu kadang2..  kereta dalam bandar memang tak banyak,, dan even kat highway, speed limit rata2 adalah 70km/jam berbanding di mesia 90km/jam .. hanya sebilangan jalan sahaja uols boleh speed laju2 bila ada papan tanda "Variable Speed Limit"..pastu slow balik ke 90km/jam.. rata2 Malaysian kat sini kalau bercerita pasal drive kat highway, memang mengantuklah..dahla jalan lurus je kan...boring..kiri kanan ladang2 yang sangat luas dengan biri2 dan lembu susu bebas makan rumput segar.. haa yang tu memang bestlah.. and kat UK ni, kalau lepas 11 malam, biasanya lampu jalan akan ditutup. So, secara automatik tak ramai la orang keluar lewat malam di highway2 sebab kene depends pada lampu kenderaan semata2.. cara gov diorang jimat elektrik. Sini agak windy, so that's why diorang banyak depend pada tenaga angin...banyak kincir angin di ladang2 tepi jalan ni kalau uols tengok nanti.. berbalik pada lampu jalan tadi, i teringat kalau kat mesia, huiiii mewah dengan lampu kan? sepanjang jalan x sampai semeter bersambung2 lampu neon nye.... RnR kat sini pulak memang kalah la dengan mesia.. mesia lagi comeyyy sungguh... sini boleh dikatakan asal ado je..highway diorang pun tak secantik highway mesia, even macam i cerita dalam entry lepas airport diorang pun simple je. so, in conclusion dalam hal ni, boleh disimpulkan bahawa kerajaan UK ni spend wisely, berkadar pada yang sewajarnya, asal saja ia capai matlamat sesuai dengan keperluannya..gitu haa... i bukan hentam kerajaan kita ni ye...even i sayang Malaysia and harap sharing ni dapat sedikit sebanyak memberi idea untuk kita improve lagi apa yg kurang di negara kita.. yang patut dilebihkan, tambahlah.. yang patut dikurangkan, kecilkanlah.. Sekian dulu..SHARING is CARING...adioss! wassalam.




Wednesday, March 9, 2016

Assalamualaikum

Pejam celik, genap 3 months sudah kami sekeluarga berada di England, UK. i, suami, harraz n fayyadh.. Alhamdulillah, we finally settled down everything for these whole months, except for our kids' schooling. Wah wah wah mentang-mentang di England, dh speaking yo..well, i get used to it. Broken? abaikan..mat saleh sini pun tunggang langgang english diorang..bahasa pasar kan..Ok, sebelum terlajak jauh, i have to mention that i will use 'i' to assign myself, instead of aku. Sebenarnya dah lama i asyik confuse how to bahasakan diri ini kat sini. Sekejap bahasakan dengan nama sendiri, sekejap aku, but sometimes i felt awkward to use 'aku', macam kasar je.. So, from now on, i bahasakan diri sebagai 'i' ye kat sini..sesiapa rasa menyampah, sila blah..hehe. N kalau lepas ni i dah terlebih speaking pun korang maapkan lah ye...daily conversations and surroundings lah yang buatkan i jadi camtu..kalau uols di tempat i pun uols akan dengan automatiknye jadi gitu..trust me! Heheh..

Ok, back to salasilah bagaimana boleh sampai ke sini, i suka sangatlah untuk mengenangkan kembali detik-detik perantauan kami ke negara Ratu Elizabeth ini.. After settle kan semua urusan visa, tiket, dan dokumentasi dengan KPT, finally kami dapat tarikh berlepas ke London Heathrow Airport pada Isnin, 7 Disember 2015. Diiringi kaum keluarga seluruhnya dari Airport Pengkalan Chepa sampailah ke KLIA, benar2 buat i terharu, pilu dan sayu. Yelah, 3-4 tahun di negara orang, macam2 terbayang dalam kepala tentang keluarga di tanahair..Moga2 semuanya baik2 sahaja. i still remember the day nak berlepas pagi tu, i'm still finishing marking carry marks students.hahaha... FYI, after graduating my MBA, i got position as a part-time lecturer kat UMK. Dek kesibukan menghabiskan syllabus dan kelas ganti di kampus, sampaikan borang claim gaji pun x sempat i siapkan. Nasib baik ada Daus, kawan suami yang rela hati tolong setelkannya untuk i. Allah bless u and family, Daus.ameen..

nak dipanjangkan cerita, the last day my class ngan students was on 2nd December 2015, followed by my MBA convocation ceremony on 5th December. Ditambah pula kesibukan packing barang2 dalam luggage, dan menghadiri majlis2 pertemuan sebelum keberangkatan( ramai pulak yang ajak makan waktu tu), so i rasa waktu tu i benar2 terkejar-kejar. Seriously i sangat penat dah rasa macam kepala ni masuk air sebab tak cukup rehat..

Kami berlepas dari KLIA ke London Heathrow pada hari yang sama, 7 Disember 2015 jam 11.45 malam. Jika dikenangkan kembali, rasa nak menitik buat kesekian kalinya air mata tatkala lambaian terakhir buat sanak saudara terutamanya my mom..waktu tu, memang berjuraian lah airmataku tak dapat ditahan dah..lantaklah orang nk pandang i dah tak malu..i betul2 sendu waktu tu...oh tak nak ingat dah...akhirnya, berangkatlah kami 4 beranak dalam perut British Airways, memakan masa penerbangan 16 jam direct flight ke London Heathrow Airport. Husband i terus lena dalam flight, but i cannot sleep at all. Terlelap sekejap-sekejap je. Kiri kanan Harraz dan Fayyadh tido atas riba i, so how can i sleep properly. Sedih tau nak rehat x dapat..demi anak..huu..so sepanjang dalam flight, i makan jelah.pastu layan movie sambil tengok jarak perjalanan untuk sampai ke destinasi. Dalam hati tak berhenti berdoa..takut jugak perjalanan yang panjang camtu, Allah saja yang Maha Tahu..

Alhamdulillah, we arrived at Heathrow jam 5.40 pagi waktu UK, lebih kurang jam 12.40 tengahari waktu Malaysia. Sesampai saja di terminal, kami tak amibil masa yang lama untuk duduk menunggu flight dari London ke Leeds, walaupun waktu penerbangan adalah pada jam 7.40 pagi. Nasib kami baik kerana flight ke Leeds adalah di terminal yang sama iaitu Terminal 5. Tapi, kerana proses imigresen dan sebagainya, ngam-ngam je sebenarnya tempoh dua jam tu. Bermacam cerita kami dengar tentang kelecehan imigresen di Heathrow Airport berbanding tempat lain membuat kami sangat berhati-hati dalam penyediaan segala dokumen dan luggage yang kami bawa. Kami bernasib baik sekali lagi bila luggage kami tu tak check out di Heathrow sebaliknya terus ke Leeds. Kalau tidak, jenuhlah nak declare items bagai. Ramai yang beritahu, banyak barang dirampas pihak imigresen sana yang tak tepati syarat diorang. Heathrow memang camtu, ketat sikit.

Sesampainya di Leeds Bradford Airport, 8.40 pagi waktu UK menaiki British Airways...sayangnye tak sempat bergambar kat Heathrow Airport, sebab risau tertinggal flight ke Leeds..heheh first timer kan semuanya takut...


Setibanya di Leeds Airport jam 8.40 pagi (tak sampai sejam pun flight dr London to Leeds, macam KB-KL je..) ma shaa Allah korang mesti tak percaya kalau i katakan airport dia sangat simple, macam pekan. Kalau lah Airport Pengkalan Chepa tu i bagi 4 star, yang ni 1/2 bintang kot. So, imigresennya memang takde, passport pun tak payah cek dah kat sini. Sini nak bagitahu, mat saleh ni tak pentingkan sangat gah-gah ni, janji adooo...hehe. Tapi kalau Heathrow tu confirmlah canggih, capital of England kan for sure lah superb. Seperti yang telah di offer oleh Supervisor my hubby, Prof Eggington dalam emelnya untuk menjemput kami di Airport, dia benar-benar tiba di Leeds Bradford Airport (LBA). Kami sangat bertuah dijemput sendiri oleh Supervisor PhD suami i. haha beruntunglah badan... Sesampai di LBA tu kami berbincanglah bagaimana nak hubungi supervisor my hubby tu..Tahu-tahu Prof Eggington sendiri datang cari kami. i masa tu tengah tunggu bagasi dengan harraz n Fayyadh sementara suami masuk dalam kedai untuk beli simkad baru untuk call his supervisor. Tetiba nampak seorang lelaki tinggi lampai, dalam lingkungan umur 60an tapi masih sangat hensem(heheh..) melilau-lilau dekat situ.  i yang memang dah recognize wajah Prof. kat facebook dia suatu waktu dulu terus lambai kat dia n perkenalkan diri sebagai wife Mr.Hakam. Hohoho...apa rasa? excited lah masa tu tapi i cuba control my emotion..hehehe ko apehal..tak pernah tengok mat saleh? my hubby selalu cakap jangan dibanggakan sangat mat saleh ni..huhu..Prof Eggington sangatlah humble orangnye...tak macam typical profesor2 kita di Malaysia..opps! bukan semua camtu tapi ade kan..so lesson learnt lah untuk kita supaya sentiasa bersikap wasatiyyah walau siapapun kita.. hehe sekian tazkirah ringkas. So, tak lama lepas tu, kitorang angkut barang2 ke kereta prof dengan dia sekali tolong angkut beg2 yang berat tu..kesian la pulak tengok dengan kudrat 60an nye tuh angkat beg berat2..tapi dia nampak steady je i nengok.. dalam kereta kami borak macam2, n aku lebih banyak memerhatikan kiri kanan jalan. Anak2 dah tertido, jet lag agaknye.. Masa tu, terdetik di hati..tak sangka, impian kecil i masa kecil dulu yang suatu hari nanti i akan jejak jugak tanah England seperti yang dibaca dalam dongeng Cinderella, Snow White dan sebagainya rupenye hari tu jadi kenyataan..Subhanallah, betapa Allah sudah mentakdirnya untuk kami..kalau Allah dah kata kau akan sampai ke UK, maka sampailah jua akhirnya... Untuk menzahirkan lagi betapa mudah dan cantiknya aturan Allah untuk kami sekeluarga, kami sudah mendapat rumah di sini. Selalunya, student yang baru tiba di UK jarang terus dapat rumah, dan akan menumpang dulu beberapa hari di rumah host yang biasanya adalah dari Malaysian family jugak, sebelum mendapat rumah sendiri. Tapi kami beruntung, kerana Unipol ( agensi yang mengurus rumah untuk pelajar Universiti di UK, dalam kes ni Universiti of Leeds) telah tawarkan kami rumah di Grayson Heights, Kirkstall sewaktu kami di Malaysia lagi. So, sampai je Leeds terus boleh masuk rumah, tinggal ambil kunci je. Pejabat dia pulak di Grayson Heights tu sendiri. How lucky we are,kan? Alhamdulillah...All praise to Allah.

Nilah dia supervisor PhD my hubby..Prof.Stuart Eggington..haa tinggikan? nampak sangatlah my hubby kecik je nak dibandingkan dengan dia..hehe.

 So, Prof.Eggington waze je direction ke rumah kami tu.. terletak di LS4, jaraknye dekat sahaja dengan Uni Leeds di LS2, kalau naik kereta, dalam 7 minit je if traffic lancar..  Finally, kami tiba dengan selamatnya di Grayson Heights. ia adalah sebuah flat yang sangat selesa walaupun kecil (cukuplah untuk kami berempat), sangat hygiene dan modern..i suka lah tempat ni..cantik je ngan landskapnye, parking space nye...suke suke..hehe..ops lupa..masa tu baru masuk winter, so sangatlah sejuk macam dalam peti ais. suhu sekitar 4 ke 6 darjah celcius. So, rasa tak nak keluar rumah. Nak memerap je. Ditambah ngan jet lag, penat dengan perjalanan jauh dan juga new experience ngan environment n people tu buat i pikir betul-betul tak nak diganggu kalau boleh seminggu dua ni.. Lagi penat rasanya dari persiapan majlis perkahwinan i dulu...soooooo penat. Tapi, sudah menjadi tradisi new Malaysian disini, kami disambut dengan kedatangan jiran2 malaysia seorang dua bertandang bertanya khabar kami. First day sampai, dua sahabat Malaysia kami siap datang bawak makanan tengahari untuk kitorang. Dan selepas itu, jiran kami kat sini yang juga Malaysian datang bawak nasi lemak untuk dinner kitorang..ma shaa Allah, baiknye orang Malaysia kat sini..betul jugak kan, lagipun i nak masak takde ape satu pun, periuk belanga semua takde. So malam tu, husband Kak Aisyah yang bawak nasi lemak tadi tu, offer kami naik kereta dia untuk pi beli barang-barang dapur dan keperluan tidur seperti duvet, bantal dan cadar sebab tu lah barang-barang basic yang perlu ada untuk musim winter nih..sejuuk.. rumah Unipol telah dilengkapi fasiliti  macam sofa, katil, peti,dapur dan oven serta mesin basuh, just kena tambah sendiri yang lain ikut keperluan..Banyak jugak kami habis malam tu, dalam 300 pound lebih untuk beli keperluan asas bilik tidur, towel, dan pinggan mangkuk serta hahaha i beli Tefal Bistro set 5 periuk skali ngan pan tu uols...alang- alangkan...hehe.

Setakat tu jelah cerita sampainya kami di bumi England, atau lebih tepat lagi di Leeds.. disini lah suamiku akan habiskan waktunya berhempas pulas menyudahkan PhD nye, amanat dari Kerajaan Malaysia..Good Luck, abang! Berkat doa kedua ibu bapa kami, alhamdulillah syukur sangat perjalanan kami dari KB-KLIA-Heathrow-Leeds berjalan dengan sangat lancar dan dipermudahkan Allah segalanya sehinggalah we reached our lovely home di Grayson Heights, Kirkstall, Leeds. Nanti sambung ek. Kbai...

Monday, August 10, 2015

nk sambung cerita trip ke Jepun.

sebenarnye kami konfius tarikh departure. kami ingatkan esok, rupenye tengah malam ini. kami baru perasan pasal date tu lewat petang 15/11/12 bila my bro cek betul2 date tu n make confirmation ngan staff Air Asia by phone. Ape lagi, gabra sakan la kami semua buat persiapan! MAlam ni dh fly kot!! Nasib baik kami sudah berada di KL and just standby nak g airport je. Yang paling suspennye, seorang lagi ahli rombongan kami masih ada kat kb, our mr. photographer, wafiy!!! oh no...dengan kelam kabutnye, my bro try to adjust flight wafiy dari kb ke kl malam itu jugak!! Alhamdulillah, ding dong tu dapat diatasi when wafiy dapat last flight pkl 12 mlm dr kb ke kL. fuffff mahal giloww tiketnye sbb last minute! lucu mengenangkan sesampai saje wafiy landed kat klia and tiba kat arrival room, terus checked in masuk ke pelepasan antarabangsa untuk fly ke Osaka....hahaha semput dierr...

Tung tang tung tang, jam 00.24 pagi 16 november 2012, kami pun berlepas ke Osaka dari KLIA. Dalam flight, semua sudah penat sebab melalui hari yang sangat tidak bersedia untuk berlepas ke Jepun malam ni, but Alhamdulillah dimudahkan Allah bila everything settled on time. So, semua tidur dalam flight... I lapar, sbb tadi mcm x lalu nk mkn sebab rase terkejar2, so dalam flight dapat menu nasi lemak n I makan sepuasnya since Harraz tertido ngan daddy nye. mintak2 sgt harraz x wat onar dalam flight, nanti dibuatnye nangis dalam flight, terganggu la tido penumpang lain..

6 jam penerbangan, sbnrnye x smpai pun 6 jam, finally we arrived at Kansai International Airport, Osaka Japan..... Alhamdulillah syukur sgt...takut sebenarnye naik kapal terbang ni sebab kita di awangan. Jatuh nanti confirm..........! Nauzubillah..... Allah la yang memerjalankan hambaNya dan Dialah sebaik2 pelindung.. ameen~  lepas check out, check visa n pasport semua, kami berjalan keluar dari ruang legar airport... ops2 sebelum itu. Minuman pertama kami minum di Jepun ialah teh susu panas dari vending machine yang berderet kat ruang legar airport...whoaaa bestnye... terbayang bestnye kalau Mesia pun ade vending machine utk pnggemar hot coffee n tea mcm ni...

Setibanya di Kansai Airport, Osaka
                                                   
Harraz yang comel posing kat Kyoto City
                                               
sambil berjalan keluar dr airport, badan mula terketar2 kesejukan. sejuukk sungguh!! suhu mase tu sekitar 10- 12 darjah celcius n I dapat tgk pipi Harraz blushing menahan kesejukan...haha org Jepun cakap "kawaaii..." bila tgk die blushing camtu haa.... hehe pendekkan cerite, kami amik train ke hotel dulu. HOtel backpackers je...jimat belanja but sgt selesa sbb kita sedia maklum yg org jepun ni memang pembersih! yang bestnye kt hotel ni, kita boleh masak sendiri. Kami masak lauk segera yg dibawa khas dari malaysia macam brahim curry ayam n daging, kerutuk n mcm2 lagi. ade jugak yang mkn megi.. hehe. so, lepas breakfast, kami gerak ke Universal Studios Japan yg terletak di Osaka City. senang sgt ke USJ ni, just amik satu train dr hotel terus sampai ke pintu besar USJ. wah3 suke la camni..public transport diorang memang awesome! So seharian disitu, kami main jelah ape yg termampu sbb malas nk beratur panjang... silap jugak g haritu sbnrnye sbb Japan holiday that day, so ramai la orang... untuk makluman korang, kat jepun, 5 pagi sudah terang benderang mcm 7 pagi kat mesia, n 4 petang sudah masuk maghrib,hee...6 petang sudah isyak..hehehe. 11 pagi sudah zohor, 2 petang asar. jadi, kami agak terkejar2 solat jamak dalam waktu yg sangat singkat itu...sebab x biasa haa..balik hotel terus tido atas tatami bed die yang empuk tebal lembut tu...sgt best tido sejuk2 gitu...heheww....(jap2...sebelum tu kami jalan2 kat kyoto..kyoto ni dekat je ngan osaka..tapi lupe celah time mane...heh? hehe...)

ni tunggu nak naik Shinkansen, a bullet train berkelajuan 200km/jam

Ni kat Universal studio, Osaka

Sebenarnya masa ni baru jam 5 ptg, tapi dah malam,kan?

Hokeyy....masuk ari kedua, kami gerak ke nagano. nilah tempat yang paling my bro nk bawak my mom sebab...kat sinilah dulu die belajar. Shinshu University. so tercapailah hajatnye... so far, nagano ni mcm sebuah perkampungan yang sgt nyaman menghijau dan x sibuk mcm osaka. sangat tenang dan damai...rata riti org naik basikal je...so kurang pollution kt sini...sejuk2 takpelah naik sikal kan? cuba bayang naik basikal di malaysia...huahaahaa... lepas menziarahi universiti n shooting mooting kt situ, ngan action bagainye haa...., kami gerak ke backpackers hotel kat nagano. hotel tu sbnrnye under construction so x ramai la guest nye. walaupun kurang selesa berbanding kt osaka, sebab tgh dlm selenggaraan, tapi our overnight stay kat situ amatlah mendamaikan...kalau sejuk2, kat mane2 pun tak kisah kan, selesa je rase hehe.

Ni sesampai di Nagano dgn menaiki shinkansen.. bergambar dgn background Nagano sbgai tuan rumah Sukan Olimpik 1998

Ni kat Uni Shinshu, tempat my bro buat his degree dulu


hari ketiga, kami ke Apple Farm di Nagano ni. mak aii suka sangat dapat petik apple sendiri dari pohon dan terus ngappp!! hehe 1st timer... kat sini, my family borong apple banyak2 berkotak2 untuk dibawak balik ke mesia. urusan pos diurus pihak ladang ni yg sangat baik hati yg mana mereka akan kurier epal2 itu ke tokyo pada hari terakhir kami di Jepun, sebelum bertolak balik mesia...

wawawa bestnye boleh petik epal terus makan...manis sgt2

kami petik epal untuk dibawa pulang...yang kuning pun ade tapi less sweet daripada yang merah

banyakkan? segar2

bergambar ngan tuan kedai...arigatou...

lps ke ladang apple, kami naik train ke karuizawa. karuizawa ni adalah suatu tempat di jepun yang sangat cantik untuk photo shooting. sekitarnya bangunan tersusun rapi, x la tinggi, sekadar deretan rumah2 yg comel just look like kat european countries. scene di situ sengaja dihias begitu naturally, yg mane kite feel mcm duk kat europe bukan di jepun...susunan rumah2 kiri kanan jalan nye ala2 english house, dan jalan2 sekitarnye dihiasi pokok2 maple dan sakura yg sedang autumn, dan deretan kedai2 kiut tepi2 jalan yg sgt kreatif dan sejuk mata memandang akan dekorasinya...mcm dalam garden! lebih kurang camtulah boleh describe how was karuizawa look like. kami just snap2 gmbr je kat situ...sambil2 tunggu shinkansen (bullet train) untuk ke tokyo.


Ni kat karuizawa, baru kuar dari rail station

cantik kan mapel tgh autumn? bergambar dicelah2 bangunan di karuizawa


sepanjang perjalanan dalam shinkansen, wafiy x habis2 ambil gmbr melalui tingkap train tu... memang cantik sangat amat pun views sepanjang perjalanan kami...kami lalu kawasan ladang2 yang hijau, rumah2 tersusun rapi, bukit bukau yng mcm2 kaler hijau kuning oren merah( sbb tgh akhir autumn sblm masuk winter), sgt wowee.....! n paling menakjubkan bila lihat ciptaan Allah yg Maha Indah, Gunung Fuji...dari dalam shinkansen, gunung Fuji sgt jelas kelihatan bersalji mcm yg kita lihat dalam iklan2 tv tuh..hehe. dikatakan gunung ni sentiasa bersalji all the time..betul ke? dh nampak mcm kon aiskrim dh....putih je...yang pasti, betapa saujana mata memandang semua ciptaan Allah ni...kalau amik gmbr pun, x seindah mata memandang, pixel mata ni yg terbaik! hehe.

Ni la gunung Fuji...gambar diambil dari dalam shinkansen

Cantiknye Gunung Fuji bersalji...sayang x dapat pergi sbb kesuntukan masa


dalam shinkansen ni, setiap kali berhenti di satu2 stesen, petugas x henti2 sebut "mamonaku...mamonaku." I dh tny abg I ape maksudnye, tp dh lupe...kalau x silap, tuan puan atau perhatian...hahah sape tahu bahasa jepun tolong betulkan ....sesampai di tokyo, udah malam.. kami check in hotel. hotel ni dh moden la sikit berbanding yg kat osaka n nagano.. I lebih suke yg tradisional sebenarnye sbb nk merasai budaya lama org jepun ni, kalau hotel kt tokyo yg kami check in tu, standard hotel kat mesia la jugak..so nothing special. yang lucunya, haritu kami dpt tahu yg pakcik kami baru betul2 mandi hari itu sepanjang di jepun.miahahhaha tergelak sakan kami bila pakcik bukak cerita. katenye x leh nk mandi kt hotel backpackers di osaka n nagano sbb  shared bathroom. kat tokyo lain, memang ade private shower dalam bilik sendiri.hihihi....mcm2. mlm nye, kami jejalan bandar tokyo, kami pergi giza snap2 gmbr.pakcik paling suke sbb die jenis yg suke kontemporari2 ni... photoshoot ngan background ala2 di pavilion gitu.... ade chanel, salvatore ferragamo, coach, LV macam2 lah...suke die...hehehe...lps tu kami mkn2 bila abg bwk cari halal food. kami cuba masakan jepun yg panggil ape eh...lupe sudaa...standardnye mi kicaplah! 'udo mee' kalau x silap namenye... my hubby mkn mee sbb mmg die gemar mee. I jenis yg x boleh x mkn nasi, so I makan nasi die yg cam sushi tu ngan kuah kicap die plus tempura sotong, udang n rumpai laut..sedapp sgt... serius sedap! simple tapi kenyang...oowh lupe nk bgtahu, sepanjang kami di jepun, kami selalu singgah di satu mart ni...mart ni ade di setiap pelosok jepun..g mane2 pun ade. mcm kt mesia lebih kurang 7e la... so kt mart tu kami beli air n roti2 serta sushi. my bro bertindak sbgai pegawai yg check up kehalalan makanan tu based on ingredients die...hehe darurat camtu mmg kene wat camtulah kan...ssh nk nilai halal mcm di mesia kt negara org bukan islam ni...so kita amik yg paling hampir... roti tu kami beli yang tuna n telur, n ade jugak yg butter margerine. kalau sushi, kami pilih yg tuna atau seafood. sushi kt sane sedap berbanding yg kt mesia sbb die rangup. maybe sebab fresh n cuaca pun sgt membantu kesegaran makanan mereka..

jalan2 sekitar bandar Tokyo

kat restoran tunggu makan "udo mee"

borak ape la agaknye gelak2 tu...

kat Ginza rail station

sekitar Ginza..Coach dibelakang

Yang tengah rancak explain something tu my Uncle


ok. esok pagi, hari keempat. Kami gerak ke Tokyo Disneyland...hahaha sampai jugak I kt sini...sblm ni tgk dalam tv je. kat sini I x main sgt pun, entahla...dh mula rasa x larat kot. sbb I pregnant 5 bulan. mase tu mengandungkan si Halis comel ni...Harraz sepanjang kat Jepun, x banyak ragam pun...seronok barangkali berjalan sejuk2 gitu...n pulak malam tido lena sebab letih berjalan...Alhamdulillah.. kat disneyland, paling best of course la bergambar.hehehe.ngan character walt Disney cartoon sejak dulu hingga kini semuanya ada. dari zaman mickey mouse sampai la ke spiderman batman smurf n sebagainya... harraz la paling suke bergambar...owh lupe...mase kt disneyland I x main sgt, tp kat Universal studio I naik dinosour train. heheh. saje lepas gian walaupun preggy 5 bulan. seharusnya I x naik tau dgn kondisi memboyot ni...staff yg jaga bahagian tu x sedar yg I preggy sbb pewot x nampak sgt lg mase tu.. paling merisaukan bila train tu meluncur dr jarak setinggi bangunan 5 tingkat kebawah. mase tu baru I rase takut n terus pegang perut smbil doa keselamatan baby, which is Halis. mase tu x feel pun takut terjun tu sbb kepala duk ingat kt baby dalam pewot je..smpai kt bwh, hati dh mula risau kot my baby terkejut ke, efek ape2 kt die ke...x rase ape2 mase tu yg buatkan I nk nangis terbayang yg kononnye my baby meninggal dlm perut sbb terkejut. I bgtahu ma dan hubby dan hati mula x senang... I duduk bertenang, hubby bg minum air dan rileks dulu kat situ. Rase menyesal pun ade sebab cari pasal ride on game tu.. x lame lepas tu, i terasa tendangan baby. n die terus menendang seperti biase menyebabakan I yakin yg he's fine. fufff! kuat anak mummy! that's why la kot Halis skrg ni huisshh jatuh tnggang langgang pun still ok.. luka pun x rase sakit.pelik anakku sorang ni.. sebab naik dinosour train dulu kot..hahaha...

ni kat Tokyo Disneyland

wat round Harraz naik ntah ape ke namenye kuda2 nih...

seronoknye die....

hi! little bird....


menjelang malam, kami gerak ke Morioka, dimana kawan my bro stay sini doing his phD. kami dijemput dari stesen shinkansen morioka, n dibawa kerumahnye. Abg Aizon dan isterinya KAk lisa serta 4 orang anak beliau. Kak lisa sedang dalam pantang anak keempat, dan amat mengharukan kerana kak lisa dh siap masak utk kami for dinner. dalam sarat berpantang camtu pun still lagi die give the best for us. gulai kurma ayam, udang goreng, dan paling best ulam budu...wawawaaa rindunya ulam budu.. kami makan menambah2 malam tu sbb rindukan masakan malaysia....nak nangis rasenye dpt makan nasik gulai ulam bagai...tq so much kak lisa n abg aizon...kt morioka ni, sudah masuk musim sejuk memandangkan lokasinye sudah agak jauh keutara tokyo. kat tokyo still autumn lagi.. kt sini dh turun salji renyai2. tulah 1st time I pegang salji...mcm kapas.. bila smpai kt tapak tangan, ia terus cair...camtu je rupenye..hehe excited!

Rumah Abg Aizon & Kak Lisa

tujuan kami ke morioka ni disamping melawat abg aizon kawan abg I ni, kami nk experienced winter. sbb kt tmpt lain di jepun belum salji unless yg kt belah utara cam morioka ni...hehehe. so, esoknye, abg aizon bawa kami ke gunung apentah (dah lupe la nama jepun die...hehehe). kat situ salji dh tebal, n sedang turun agak lebat. angin kuat, sangat sejuk. penanda suhu automatik kt tepi jalan tu menunjukkan bacaan -2 darjah celcius. negatif wooo.....sejuuuk sampai ke tulang! I x tahan sejuk, harraz pun dh nangis, semua pun x tahan sebenarnye so kami bnyk duk dlm kereta. wafiy je yg bertahan kt luar utk setting tempat dan sebagainya, bila dh siap, kami dipanggil berkumpul utk snap gambar then masuk kereta balik.huhu....siap2 snap gmbr, mcm ade ribut salji dh start slow2 so ade satu security van yg jaga salji ni bg signal suruh tinggalkan tmpat tersebut sbb dikhuatiri bahaya ribut salji. so kami gerak slow2 walaupun x puas lg main salji. sempat la I pegang salji tu n berguling2 atas snow tu..lembut sangat mcm atas tilam n pillow..bebola salji tu mcm kita pegang ais kepal yg kita mkn abc tu..hehehe.. org jepun panggil salji ni "yuki" . sesampai kami ke kaki gunung barulah rase lega sbb dh kurang sejuknye....bayangkan dlm kereta pun kena pasang heater tukar suhu kereta biar jadi panas skit...sejuuuukk.....

Harraz dah nangis x tahan sejuk

miss the moment

with my bro... haa tengok tu -2...sejuk kan???

berlagak enjoy dalam kesejukan

huuhhu...don't leave me, mummy!

lega turun ke kaki bukit...kurang sejuk dah sikit..

ma baru lepas membeli "kuih kapit" Jepun..
then, kami ke pusat penghasilan kerepek tradisi jepun.kalau kt mesia mcm kuih kapit je pesennye..kt situ, diorg pakai kimono asli jepun n ajar kami cara2 wat kerepek tu...then, kami beli bungkus skit bwk balik...takdelah sedap sgt sbb tawar nk dibandingkan ngan kuih kapit mesia yg ade rase.hehehe.. ptg itu, kami siap2 packing untuk gerak ke tokyo semula.. sbb malam tu we should fly back to mesia, pun tgh malam jugak...hehe risau kot tersilap date lagi, my bro siap dabel tripel check bagai...hahaha.. smpai kt shinkansen station tokyo, kami singgah di Asakusa shopping centre utk beli buah tangan balik ke mesia.. kalau nk tahu, brgn tiruan same skali prohibited di jepun. barangan import pulak jauh lebih rendah berbanding ngan barangan buatan jepun sendiri. memang diorng jaga betul2 quality produk diorang kan? sehelai t shirt bertulis "Japan" bernilai RM16 kalau convert ke matawang mesia. tupun t shirt yg paling cikai. tapi kainnye memang kualiti dh walau yg paling cikai pun...diorg betul2 jaga kualiti barangan diorang..

di Asakusa beli buah tangan untuk bawak balik Mesia

lepas penat membeli belah, kami naik bus ke airport. mase tu baru I experienced naik highway kat jepun. highway diorg x bnyk sgt kereta cam kt kL, maybe majoriti diorang naik public transport kot...baguskan? jalan clear sgt...time tulah baru menikmati bangunan2 pencakar langit kat jepun, bridge2 nye yg tersergam memang superb. terbayang pulak ultraman ngan raksasa tgh gaduh kt celah2 bangunan2 tu...heheh.

sampai di Haneda Airport,TOkyo, sampai la jugak kotak2 epal seperti yg dijanjikan...sgt bagus la org jepun ni, menepati masa dan janji! memang on time! so kami terus check in semua barang n fly back tu mesia...pergghhh penat sgt... dlm flight semua tertido ngan harraz skali lena terus smpai ke kL....

Baru lepas check in...sedang menunggu untuk boarding balik ke tanahair..

hadoii...ape la yang lucu sangat tu gamaknye...


setibanya di kL, mak aii semua eksyen! asyik cakap panas je...mentang2 la baru balik dr japan.hahaha.. terus berbeza. dh takde lagi bersihnye jepun, cantiknye jepun, sejuknye jepun, n peramah dan baik hatinye jepun.. yg ade cume bangla yg sedang sapu sampah kt airport, org lalu lalang ngan muka masam ngan hal masing2 dan plastik, cawan kertas yg ade la satu dua kt lalu lalang tu...huhu x la nk memburuk negara sendiri...at least kita belajar benda baru di negara org, untuk diterapkan pada anak cucu generasi baru di negara kita ni agar lebih develop lg dimasa akan datang... satu je yg x boleh lawan di mesia ni, makanan.....hahhaha.terus lapar sesampainye di airport. terus tekak ni nk cari nasi kerabu la, teh o ais la,karipap la,roti canai...wah wah wah....hahaha

as a conclusion, jauh berjalan, luas pengalaman. ya sangat luas. antara tempat2 yang dilawati di jepun yang x tersebut dalam entri ni ialah kenkakuji temple, harajuku, osaka castle n tokyo tower. next time nak gi belah selatan pulak nk tgk ladang tulip, nagasaki, hiroshima, n x lupe skytree kat tokyo. huhu.. entri ni ditulis semula pun sebab terkenang my hubby cakap petang tadi, " rase nak g pulak la ke Jepun, kan yang?" hari ini, 31 julai 2015... sudah 3 tahun berlalu...halis pun dh kuar pewot 2 tahun dh...hehehhehe....kbai.

Thursday, July 30, 2015

Japan Trip 2012~ A journey of life...

SALAM Kerinduan untuk semua....

Alhamdulillah,,, besar rahmat dan kasih sayang Allah SWT tidak terungkapkan dengan kata-kata. Tak pernah terlintas di fikiran untuk sampai ke Jepun, akhirnya Allah mengizinkan kaki ini mencecah tanah negara matahari terbit itu bersama sebahagian daripada mereka yang disayangi oleh saya, beruntunglah badan...hehe.

Saja saya nak rekodkan pengalaman sepanjang percutian keluarga ke Jepun, disini sebagai suatu kenangan peribadi juga untuk mereka yang ingin sama-sama berkongsi kegembiraan saya.. Pada yang mungkin kurang senang, saya mohon maaf..tidaklah berniat men'sohor' for public, sekadar menzahirkan nikmat Allah pada hambaNya yang dikehendaki.. dan ia boleh berlaku pada sesiapa sahaja, bila-bila masa..

Sehari sebelum berangkat ke KL....

Semalam, hubby saya pulang dari Kuantan.. sayangnya, malam tu beliau mula demam.hati dah start bimbang sebab lusa dah nak bertolak ke Kl, pastu nak ke Jepun pulak.. kalau abang demam seminggu cane? x syok lah gi trip nanti...hati dah mula huhu.. walau apa pun, saya kuatkan semangat, mencuba yang terdaya, berdoa agar demam abang tidak melarat..suhu badannya agak panas bertambah-tambah..

Hari ini, banyak urusan perlu dibereskan. Abang berkeras mahu turut menjayakan semua yang termampu. Serba salah saya dibuatnya. After breakfast, kami pergi tinted cermin depan Honda. abang terkerut-kerut dahinya. maybe sakit kepala atau pening.. Pastu, kami ke TMC sebab abang nak cek kot-kot suspek denggi..lagi la huhu hatiku.. tunggu punya tunggu sampai abang terjelepuk kat sofa ruang menunggu TMC, akhirnya Dr.Zam panggil masuk. Ok. Suhu above 38 degree celcius. X pasti demam biasa atau denggi atau jangkitan virus. Hari ni tak boleh wat test sebab lab cuti hari deepavali. Pulak tu, Dr. Zam nasihatkan tidak ke Jepun in case takut demam melarat and jadi benda lain. Sebab ada case patient yang gi trip ke Korea, balik-balik tu kena virus infected sampai kena operate bagai..alahai.  Bincang punye bincang, at last dia bagi antibiotik and advise buat pemeriksaan kat kL before fly to Japan. Kami akur.

Balik dari klinik, hubby cakap nak solat pastu terus tidur. Saya hamparkan toto kat ruang tamu tengah, tutup kipas, siapkan bubur nasi dan ikan kering plus air asam jawa. On the way balik tadi, hubby suruh belikan 100 plus isotonik sekali. 3 botol besar saya belikan.Huhu.

Sebelum hubby tidur, saya suapkan bubur nasi dan ubat yang Dr.Zam bagi tadi. Plus, 100 plus setengah botol. Hubby tidur, sambil saya lumurkan air asam jawa kat kepala dan badan beliau habis basah lencun. tak kisahlah.. hubby mengadu pulak tak dapat lelapkan mata sebab pening sangat, berpinar-pinar..then, saya picit kaki dan betisnya dengan losyen pati halia..tak lama lepas tu, barulah hubby terlena.. mungkin kesan losyen panas tu bertindak. ni demam urat laa ni...lenguh seluruh tubuh..mungkin sebab hubby selalu journey  long distance driving..patutlah rasa macam kena denggi.. Huhu lagi.

Dah boring ke baca...? take it or leave it.....:)

5 petang. Hubby bangun, lapar katenye.. Alhamdulillah, nampak dah boleh celik sikit. Abang cakap lega lepas letak losyen pati halia tu.. Lepas solat Asar, kami ke rumah mertua saya, saja bertemu mata sebelum berangkat untuk suatu perjalanan yang jauh..


14 November,2012.. Rabu.

Hubby masih lagi nampak kurang bermaya tapi memutuskan untuk teruskan perjalanan ke kL pagi tu.. Kami singgah sarapan di Warung nasi kerabu Kadok. Sepanjang jalan, abang tidak banyak bicara.. sehinggalah kami mula masuk Bentong, hubby dah tunjukkan tanda-tanda beliau betul-betul sihat..dah nampak ceria dan mula berceloteh itu-ini.. hati dah mula senang. tiada lagi huhu:)

Kami tiba di kL kurang jam 3 petang. terus masuk pusat bandaraya, menuju kL Sentral.. sempat la sesat dua tiga langsat.hehe..4.30 akhirnya sampai ke ofis Bro Haniff kat Sentral 1..then, terus ke Japan Travel Bureau (JTB) mengadap Times Square kat Pudu tu untuk booking tiket Shinkansen sepanjang seminggu berada di Jepun nanti. Beli di Malaysia lagi mudah. lagi diskaun:).... My uncle, Wea yang turut serta trip nanti sudah siap menunggu. dah nampak boring sebab lama sangat tunggu..Wea, komenasai...hehe.

Penat. Wea balik ke hotelnya. Kami pulak solat jamak kat ofis Bro Haniff, Level 17. tinggi woo...balik Damansara, restttttt......

Ada suspense....!! to be continued........................................!