Friday, May 6, 2016

Salam Spring...

 Dah masuk musim bunga.....Alhamdulillah, perasaan ingin pulang ke Malaysia tu dah beransur reda semenjak masuknya musim bunga di sini...kata orang, mula-mula tempat baru macam tulah..bila dah settle down baik punye, dah kenal ramai orang, dah biasa dengan suasana dan tempat, maka kita akan lebih tenang melalui rutin harian... owh betapa rindunya i pada sinaran mentari pagi...dan beberapa minggu ni i dapat menikmatinya saban hari..jenguk2 kebawah, almaklumlah i duk flat tingkat 5. sudah nampak bunga2 berkembang tumbuh dengan sendirinya atas rumput2 hijau... yang kuning tu i tak tahu ape nama, but the white one tu is chamomile...sungguh kiutlah bak hang...and akan nampaklah saujana mata memandang keseluruh bandar Leeds dari tingkap rumah i ni haa..takdelah seluruh bandar pun..nampaklah bangunan2, bridge2, sungai2 kecil yang mengalir, and most importantly nampaklah Parkinson Building, mercu tanda University of Leeds, tempat hubby i kayuh basikal tiap hari demi sebuah amanah dari Kerajaan Malaysia. Rumah kami dari universiti hanya 20 minit kalau berbasikal. Hubby i dah makin kurus dek berbasikal saban hari tau, and i tak senang dengan keadaan itu sebab i makin kembang.hohoho....

Oklah, i nak share tentang kehidupan i di sini.. untuk panduan uols yang mungkin bakal berhijrah kesini, atau kerja@belajar ke sini, atau saja nak datang melancong sini kan....sila-sila..England is a beautiful place to visit as long as u are tough enough to deal with coldness..heheh. Takde masalah pun kalau uols macam Elsa Frozen tu, cold never bother u anyway..hahaha...

Baiklah. Sejujurnya, dari segi perbelanjaan harian, i sangat gembira di sini kerana what u buy is value for your money. UK guna matawang pound sterling(£).  Basic income mesia dan UK adalah sama. (ni i dapat dari beberapa sumber la..kalau salah, tolong betulkan ek) contoh: kalau mesia RM1800, kat sini pun sama £1800. Dah jangan convert2 pulak.. Bezanya, kat sini kuasa membeli tinggi sebab dengan hanya seringgit lebih, uols dah dapat beli susu segar 6 pints bersamaan dengan 3.409 liter(£1.30). Aiskrim anak2 yang dalam bekas tu 2liter hanya 89p( kalau kita 89sen lah sepatutnya kalau tak ikut teori parity) and pisang seikat(selalunya 7 biji) hanya 68p. Secara amnya, kebanyakan barangan masakan, barang dapur, dan makanan boleh didapati dengan kadar serendah 20p (garam) hingga ke £1. That's it! Bahagia kan kalau kat Mesia boleh apply the same thing, pasti rakyat tak bising walau harga minyak naik atau tax tinggi sebab rakyat mampu berbelanja dengan hati yang lapang.  Kat sini kalau makan kat kedai a bit mahal lah compared masak sendiri kat rumah. Raw material sini murah, macam kat restoran tu mahal sebab servis diorang produce makanan tu including VAT charge. VAT tu same as GST kita lah.

Biasanya, setiap hujung minggu i sekeluarga akan keluar beli groceries lah untuk seminggu. Sambil2 bawa anak2 jalan2 kan sebab tu kitorang selalu keluar hujung minggu..weekdays kami biasanya memerap je kat rumah, sementara anak2 tak sekolah lagi ni.. yang wajib kami beli tiap minggu adalah seperti banana, fresh milk, yogurt(yogurt untuk 4 kotak kecil cuma 33p sahaja), roti sandwich macam gardenia tu harganya pelbagai antara 40p hingga £1 tapi gardenia kat mesia jauh lebih sedapp ohh, sayur mayur, telur(15biji=£1) dan lauk pauk mentah (ayam halal kalau bahagian dada@ peha tu boleh dapat 3 kotak dengan harga £10 kat asda -nanti kita cerita pasal asda), ayam kalau beli kat Muslim butcher boleh dapat 5 ekor baby chicken £9, kalau ayam besar mahal sikit seekor £5. Daging 1.3kilo dengan harga £7.50, tulang rusuk sekilo £7.50, dan kambing sekilo £9.

Kalau kami tak beli ayam atau daging minggu tu, kami akan ke pasar segar dekat city untuk beli ikan atau seafood. Itu di Kirkgate Central Market. Ikan agak mahal disini, selalunya kami akan beli ikan mackerel(sardin) atau sea bass(siakap) dalam range harga seekor £1 kurang lebih. Udang dalam sekilo £10, dan sotong paling mahal sekilo £8 tapi besar. Haritu i beli sekilo, dapat seekor yang besar gile, tapi boleh 3x masak baru habis. ok lah kan..

Awal2 kami datang sini, kami selalu beli barang dapur kat Abu Bakr, satu supermart kecil berhampiran uni Leeds, sebab situ je kami yakin halality nye..halality?? haha istilah baru...sini kalau yang halal dia akan cop "halalified".. so, bila dah agak lama, dah ada kereta senang nk mobilize ke sana sini, dah dapat info dari jiran2 mesia dan pelbagai sumber maklumat saban hari, maka kami pun kenal la Asda, Aldi, Sainsbury, dan Morrisons. 4 market nilah yang paling femes di UK ni sepengetahuan i lah.. even Aldi pun ada kat Ireland(my adik ipar yang belajar kat sana bagitau). So, i ngan hubby ni selalu compare harga yang i rasa semua orang terutamanya yang family household dia besar akan buat macam tu kot..haha. so, bila dah pergi asda, barulah i tahu rupe2nye sekarang ni senang dah nak dapatkan produk halal di sini, u cari je yang ada logo "vegetarian" atau dia tulis "suitable for vegetarian", so automatically u boleh consume that product.. herm tapi hati2 jugak tau, sesetengah produk walau vegetarian, uols kena tengok jgk ingredients die coz it may contain wine @ liquor sebab itupun consider as vege kan..so, be careful.. kalau takde cop vegetarian tu, and u nak jugak produk tu, kena rajin cek lah ingredients die..boleh akses zabihah.com atau any portal yang provide information pasal produk halal atau tidak macam yang ada E150, E400 dan sebagainya...

Sekarang, kami lebih suka berbelanja di ALDI sebab jauh lebih murah berbanding ASDA. Kalau Morrisons memang kami jarang pergilah sebab antara yang termahal lah buat masa ni. Sainsbury pulak lebih kurang Asda.. ade yang mahal di Asda tapi murah di Sainsbury, dan sebaliknya.. tapi Aldi memang jauh lebih murah, beza harga untuk total pembelian yang sama antara Asda dan Aldi adalah £15 hingga £20 jauh lebih murah di Aldi. Kualiti adalah sama. Berdasarkan pemerhatian kami, lebih ramai orang di Aldi berbanding Asda. Sebelum ni jiran kami, Kak Aisyah pun selalu cerita yang Aldi jauh lebih murah, tapi saje lah kami nak explore sendiri dan memang diakui lah betulnya..hehe.

Kalau beras, selalu kami beli kat kedai Pakistan je, macam Abu Bakr td.. Kalau barangan mesia macam kicap, budu, sos cili, kicap sotong, sos tiram, belacan, oooi semua barang Malaysia adalah kat kedai Cina atau Siam. Hatta daun pandan, daun pisang, pegaga dan daun kesum pun ade...beras pulut, beras nasi dagang, tepung pulut,tepung beras, bihun, asam jawa, manisan(org klate panggil "nnisey" pun ade..) haishhh memang ada semua benda lah..don't worry..  so, kat Leeds ni kalau kedai Cina tu sama ada Hang Sing Hong, Sing Kee atau Continental... kalau kedai siam, Nong Phern, ada lagi kedai lain kot tapi kami x explore lagi setakat ni...haa... ok? alright....

Tu pasal groceries lah kan. Kalau untuk barang rumah dan lain2, banyak sangat kedai2 yang boleh dapat murah macam poundworld, pound stretcher dan sebagainya. macam kalau di mesia, kedai dua ringgit lah. tapi kat sini 1 pound je, everything dalam kedai tu £1. even white plate yang selalu kat mesia tu kita beli kat KK Home Decor tu kan, kat sini boleh dapat dengan harga £1 saja each. Pinggan tu pun berkualiti, dishwashable and microwaveable jugak...Kami selalu pergi kedai yang berlainan untuk compare harga dan memang barang2 rumah kami dari pelbagai jenis kedai lah such as Home Bargain, Mega Value, TK Maxx, Argos, Chlas Ohlson, dan sebagainya..

Kalau bab pakaian pulak, awal2 haritu kami selalu ke Primark, sebab masa tu ada sale Christmas and New Year, so memang jauh lebih murahla harga masa tu..ataupun kat Sports Direct, atau Next. Kalau Debenhams, River Island, and Dorothy Perkins tu kami just window2 jelah..hehe. Kalau uols rajin google time diorang sale, boleh je kunjungi gedung2 tersebut n dapatkan harga yang murah serendah £20. Kalau Cath Kidston tu time sale boleh je dapat handbag serendah £18( diorang sale biasanya on Black Friday and Boxing Day aje..tu sale yang besar2an lah)..kalau rajin, boleh jugak visit designers outlet tapi biasanya agak jauhlah... yang pernah kami pergi setakat ni Junction 32(Leeds), Cheshire Oaks (Liverpool), dan York Designer Outlet (York). Kat designer outlets ni mcm JPO kat Johor ..pelbagai branded outlets ada kat situ..

Cerita bab pakaian dan permainan anak2, paling best kat sini ada berlambak Car Boot Sale di merata tempat. Ada yang entry fee berbayar dan ade yang free, tak mahal pun, between 50p ke £1 per person.kids entry FOC.  Carboot sale nilah yg selalu jadi tumpuan Malaysian sebab uols boleh dapat barangan dengan harga yang murah gile, tapi barang tu still in highly good condition. Tapi uols kena pandai pilih carboot lah ye... kalau carboot tu di kawasan yang ramai Pakistan, macam Bradford, better hati2 sebab kebanyakan barang yang diorang nk let go tu dah buruk,lusuh dan less quality dah. Ni berdasarkan pengalaman member2 kat sini lah dok cerita. Better go carboot yang ramai white people sebab, selalunya, barang2 yang diorang jual kat carboot tu adalah barang2 yang masih baru tapi diorang nk let go sebab nak beli yang lain. Trend mat saleh sini, diorang suka tukar perabot dan barang rumah ikut trend. So kalau dah boring dengan suatu trend tu, diorang akan tukar the whole unit dalam rumah diorang. Walau yang sedia ada still baru lagi.. and diorang ni tak suka simpan barang lama dalam store, kalau uols tengok space rumah diorang pun kecik aje. halaman rumah pun sejemput je tapi kiutlah macam rumah Baggins dalam cerita The Hobbit pun ade i tengok..kiut miut.. ok, berbalik pada cerita, so diorang jual la kat car boot dengan harga dibawah £1.

I nak cerita pengalaman gi 2 carboot yang berbeza. Satu ni, kat Otley area Leeds lah.. tujuan utama, nak beli mainan ank2 sebab tak nak dah beli yg new, sekejap je sayang barang2 diorang tu..sudahnya dibaling sana sini...so, mak ayah pun terbayang la duit yang melayang saat diorang baling mainan2 tu..huhu. so kami pergi je cari kat carboot sebab maklumat mengatakan kat carboot la boleh dapat mainan murah2 giler.  First impression kami kat Carboot ni tak best lah sebab mahal jugak. Yang kami pergi tu Otley. Entry fees £1 for each adult. Parking jauh kat luar, kena jalan kaki jauh nak masuk dalam carboot. Padat dan berterabur.tak best..Kami beli set keretapi Thomas and Friends dan litar dia tu berharga £9.. huu mahal tu bagi kami.Dan banyak barangan lain pun agak mahal lah, above £5. So, tu 1st car boot yang kami pergi. Agak mengecewakan. Rasa macam dah serik.

Recently, kami menziarahi sahabat di Newcastle. Dia bawak gi Blaydon Carboot. Entry fees 60p per person,adult. So, kami round lah..  ia sebuah padang yang luas..parking disediakan kat dalam bersebelahan area utk jualan..and tersusun macam bazar ramadhan kat mesia tu..ada beberapa lane panjang yang menempatkan para penjual dengan barangan dagangan mereka. Barang2 pun tersusun teratur, dan menarik. Wahh i like.. round punye round, kami beli satu wooven bag yang paling besar tu( boleh muat dua bantal tido tanpa perlu melipat bantal itu) mengandungi barang2 mainan utk boys. Ada kereta and truck pelbagai saiz, robot, anime, bola, pistol dan sebagainya..ada banyak dalam tu bukan satu dua je.. tahu berapa harganya? "u can have the whole bag with £3", kata penjual itu.. apa lagi, sengih lebar hubby i, terus angkat bag tu. hehehe macam ni baru seronok.

Kami round lagi... jalan punye jalan, i beli coat baru brand Topman dengan harga £4.50 setelah tawar-menawar. Harga asal dia letak £6. Baru gile lagi coat tu..tanya dia, katenye dia jual sebab tak muat dah, beli kot baru. So, i agak2 la kan mat saleh ni agak cermat jugak diorang.. barang2 yang dijual diorang basuh dulu, sebab memang bau softener.. finally, kami singgah kat satu kiosk ni..(kiosk ke...sebab style diorang kalau takde meja, diorang hamparkan barang jualan atas kain tebal atau karpet.sama macam pasar tani mesia)..ok, nak jadi cerita, mula2 kami pilih tu, dia letak harga £3 sehelai. kami belek lagi. sekejap je lepas tu dia turunkan £2 pound each sambil melaung2 "two pounds..two pounds each..".. aik? dah turun? i n hubby pun dah mula pandang satu sama lain... kami pilih lagi... pilih punye pilih, x lama lepas tu dia announce £1 each..barangkali die dah nak balik agaknye sebab masa tu hampir jam 12 tengahari dah..nak tutup kedai dah.. so, apalagi i and hubby lagila banyak pilih baju2 tu.hahaha gelak sakan kami..seronok..baju2 tu tip top ok, brand new.. kami pun  tak sure brapa kali diorang pakai dah nak jual.. akhir sekali, kami singgah kat gerai jualan pakaian 3 helai for £1.. kami amik la baju and seluar utk anak2..paling best, kami beli 3 set duvet single bed dan 3 set duvet double bed, satu selimut ikea, dan table runner dengan harga berapa tau??  TWO POUNDS utk semua itu....dia tak kira pun..kami longgok depan dia, she just says, two pounds. hahahahaha ni baru carboot...seronok. Thanks sangatlah pada member yang bawak tu..puas hati kami membeli belah bilamana 3 longgok plastik sampah hitam yang besar tu penuh ngan pakaian dan cadar serta mainan anak2.. tapi sayangnya Blaydon Car Boot tu jauh dari Leeds, dia dekat Newcastle..so, kami kena survey lagi la car boots dekat area Leeds yang sama ngan kat Blaydon ni... so, kalau uols melawat Newcastle, jgn lupa pergi Blaydon Car Boot ye..berbaloi....patutla diorang ni suka sangat gi car boot..uols should go first, then baru komen ape2..hehe. Setahu i la kan, kat mesia pun dah start ade dah car boot sale ni kan... yang i tahu kat area stadium Shah Alam setiap sabtu pagi. So, pada yang belum pergi, bolehla amik pengalaman gi.. pada yang berperanan sebagai seller, jual lah produk yang berkualiti dengan harga murah2 aje...uols pun just nak let go je kan barang2 tu..takyah la jual mahal2.. daripada tak dapat langsung kalau buang barang tu, jual dapat sikit pun jadila kan..menjual sambil bersedekah kata orang....hehe. ops satu lagi, kat carboot sini, kalau nasib u baik, u boleh dapat free je barang tu in case seller tu nak bagi..so, pandai2 lah ye...

ok...sekian dulu pasal hal berbelanja  di UK untuk entry kali ni...next time i nak share story pasal orang2 dia pulak ye...uols jangan banned i tau...i cerita ni based on my own observations, experiences, dan juga cerita2 dari warga sini...tak semestinya 100% betul, tapi at least u get the idea la kan... sharing is caring...kbai, Assalamualaikum.








Assalamualaikum wbt..

Usai berborak dengan my mom on the phone, i termenung sejenak...masih banyak masa untuk dihabiskan disini, bermakna masih lama lagi untuk pulang bertemu ibu, keluarga sanak-saudara, dan teman2 yang dirindui saban hari...adehh touching kejap.

Genap 5 bulan i kat sini..di bumi England. Hari2 yang dilalui makin lama makin terasa kejapnya.. Sebab makin banyak urusan yang perlu dibuat sehari-hari. Pengajian. My hubby dah start bz ngan lab work nye...hari2 balik dengan wajah sepuluh sen kepenatan. Pengajianku. i sendiri sudah berjinak-jinak dengan kepeningan dan persoalan kajian yang masih belum berjawab.. buat yang sama keliru macam i, banyakkan membaca blog Dr. Othman Talib atau Dr.OT untuk panduan berhubung thesis master dan PhD. Semoga membantu.

Persekolahan anak-anak. Alhamdulillah, Harraz akan mula Reception September ni.. Fayyadh pula in the waiting list untuk nursery.  Sistem pengajian di UK ni controlled by City Council untuk setiap bandar. Contohnya di sini, Leeds City Council bertindak meng'assigned sekolah mana yang akan anak kita belajar. Camni, bila anak kita masuk umur 5 tahun bermula September(bukan Januari ye...kat sini akademik year diorang dikira bermula september setiap tahun) , so that kid kena register for reception, kira start primary level dahla tu. Mula2 parent or carer akan daftar online anak mereka dengan City Council, dan pilih 5 sekolah terdekat yang kita prefer for our kids utk Reception tu. Sooner, City Council akan hantar surat menyatakan sekolah mana yg anak kita dapat, usually sekolah yg paling dekat dengan rumah kita lah if ada kekosongan.. then, kita kena maklumkan sekolah tersebut dengan bawak surat dari City Council tu..then, barulah bermula dealing kita directly ngan sekolah tersebut. Berbeza ngan nursery, kita boleh directly pergi ke sekolah tersebut untuk daftar, n anak kita sudah boleh mula bila ada kekosongan. Macam sekarang, Harraz still dalam waiting list untuk join nursery. If not, dia akan terus masuk Reception september ni.. bagi Fayyadh pulak, i dah awal2 daftarkan waiting list untuk nursery, at least paling lewat pun September ni for sure dia dh dapat go for nursery. Pendidikan di UK ni adalah percuma all bear by the Government until reach secondary school. Bila dah start high school rasenye baru start bayar..i malas nk google, u all try to find lah ye regarding this.. yang pasti, primary school memang free of charge.  

Other than that, kitorang assumed that we have settled down completely here...dh get used dgn environment sekeliling macam parks, kedai2, places of attractions etc. Dah mula faham loghat dan percakapan orang2 sini, boleh la tangkap sikit2.. kalau uols datang sini, then u will know their slang. tak faham kau..kalau perkataan macam UPSTAIR tu, instead of "apsteir" diorang sebut "upsteir", GOOD LUCK "gudlak" jadi "gudluk", MONDAY "mandei" jadi "mondai", IMPORTANT jadi "impor an", BAG disebut betul2 "bag", BUS tu disebut "bus" , DONE tu disebut "don" haaa....memang tak faham la ko...macam baku pulak kan..diorang pulak cakap laju memang tertangkap2 lah ape yg disebutnye...nasiblah kalau paham2 lah, kalau tak sengih kambing jelah..jauh lebih faham kalau speaking English di negara kita..

Keberuntungan kami disini adalah stay di rumah under kelolaan UNIPOL. i dah cerita pasal Unipol last entry kan.. So, besides keselamatan terjamin in shaa Allah, maintenance dilakukan secara berkala dan cukup efisyen disini.. Setiap bulan, akan ada wakil selenggara bangunan ni akan datang dari flat ke flat( sini unit rumah tu dipanggil flat, bukan flat tu mewakili sebuah bangunan ye, tapi mewakili unit satu rumah) untuk selenggara macam2 lah..Diorang cek kipas penyedut kat dapur dan toilet, cek suhu air(sebab kat sini kena pakai meter pemanas untuk pastikan air supaya tak jadi beku), check alarm sistem, even diorang pun ada buat khidmat cuci kepala pancur ( kepala shower tu) diorang cuci setiap 3 bulan untuk nyahkan bakteria...dasyat kan? kita kat rumah pun x pnah cuci benda alah tu..satu je i x suka kalau diorang datang..diorang simply masuk dengan berkasut macam tu je..nak disuruh buang, nampak cam diorang x suka..tapi this is our house kan? diorang bukan paham pun status kasut diorang tu boleh mendatangkan was-was kita untuk solat dalam rumah ni..hadeyh la mat saleh pun...nk wat camno, berserah sajelah pada Allah..moga diampunkan dharurat itu..dan sepanjang disini, Unipol akan rating status kebersihan rumah kita..kalau kotor sangat, diorang akan hantar letter of advice lah suruh to be more clean..so, kena pastikan rumah terjaga n sentiasa bersih, neat and tidy,hokeh? so, bersih sangatla korang masuk dalam rumah kami berkasut tu eh?

Trend kat sini adalah online shopping.. ape2 pun online. even i beli exercise bike pun online, harga murah gile boleh dapat sama ada kat amazon, ebay, gumtree, Groupon UK dan sebagainya. Kalau beli melalui Groupon, boleh dapat cash back. Seronok..haritu kitorang beli pressure cooker guna Groupon ni, dari harga £99 boleh diskaun sampai £34. Free delivery plk tu.. 3 hari je tunggu, barang sampai depan pintu rumah.. even grocery pun beli online.. click sayur, ikan, ayam dan sebagainya, bayar online, tinggggg sampai driver dia hantar depan rumah... kalau order makanan pulak toksah cakap lah... select restoran dan menu kat website JustEat atau HungryHouse, dia akan redirect to that restoran, tingggg sampai makanan depan pintu rumah...best kan? sebab tu i makin berisi..x yah gi mana2, memerap je kat rumah semua datang sendiri.. tubuh pun tak aktif bergerak..heheheh.

kat sini, rata2 pembelian jarang orang bawak cash melebihi £20. Kalau uols bawak £50 pergi grocery, sure diorang pelik n boleh detect u bukan orang sini..sebab takde org buat macam tu... di mana2 kedai org pakai debit card je.. even u nak beli items berharga £1, boleh je bayar guna kad. Safety,kan? i rasa, this implementation is recommendable to be applied kat mesia lah...untuk elakkan kadar jenayah ragut/rompak yang makin lama makin mengerikan.. so, kedai2 kat mesia kena amik inisiatif sediakan portable mesin ATM yang uols biasa tgk kt cashier shopping malls tu la..kena push kerajaan mesia improve policy regarding this. ok?

Satu yang i paling suka sini, ialah amalan rakyat diorang yang suka berjalan kaki ke mana2.. ada jugak yang naik basikal. Mereka lebih banyak guna public transport kalau nak ke tempat yang agak jauh, dan lebih suka untuk berjalan kaki. Kalau 5km berjalan kaki tu biasa je bagi diorang kat sini.. sebab tu orang dia sihat2, punggung kecik2, kaki kecik2.. jalan sambil makan pisang rilek je... ok lah if uols kata sebab cuaca diorang sejuk tu la yang best berjalan kaki n cycling kan.. tapi kita still boleh adapt it dgn modify lane utk pedestrian n cyclist kat mesia..contohnya, banyakkan tanam pokok tinggi2 sekeliling lane tu atau boleh saja letak bumbung untuk elak cuaca panas..boleh kan??

mungkin jugak salah satu cara Gov UK nk kawal kesesakan lalulintas dan pada masa yg sama, galakkan rakyat hidup lebih sihat dengan berjalan kaki. Kalau uols nak tahu, parking kat sini sangat mahal. Paling murah adalah £1 sejam dekat city. Tu paling murah ye.. dan biasanya orang x parking sejam sebab kedai2 agak jauh, meaning that lepas parking, uols kena amik masa berjalan kaki pulak ke destinasi masing2. Parking space adalah limited, dan ada sesetengah laluan kenderaan awam tak boleh lalu dari 5 pagi sampai 10 malam. Hanya bas dan taxi saje boleh use that lane. Rata2 speed limit pulak adalah maksimum 30km/jam sahaja kat area city.. haa tak ke haru..but it's good to prevent accidents and congestion in the city kan... sistem bas diorang mmg efisyen lah..banyak sangat bas, all double-deckers, and punctual. ade la lewat seminit dua gitu kadang2..  kereta dalam bandar memang tak banyak,, dan even kat highway, speed limit rata2 adalah 70km/jam berbanding di mesia 90km/jam .. hanya sebilangan jalan sahaja uols boleh speed laju2 bila ada papan tanda "Variable Speed Limit"..pastu slow balik ke 90km/jam.. rata2 Malaysian kat sini kalau bercerita pasal drive kat highway, memang mengantuklah..dahla jalan lurus je kan...boring..kiri kanan ladang2 yang sangat luas dengan biri2 dan lembu susu bebas makan rumput segar.. haa yang tu memang bestlah.. and kat UK ni, kalau lepas 11 malam, biasanya lampu jalan akan ditutup. So, secara automatik tak ramai la orang keluar lewat malam di highway2 sebab kene depends pada lampu kenderaan semata2.. cara gov diorang jimat elektrik. Sini agak windy, so that's why diorang banyak depend pada tenaga angin...banyak kincir angin di ladang2 tepi jalan ni kalau uols tengok nanti.. berbalik pada lampu jalan tadi, i teringat kalau kat mesia, huiiii mewah dengan lampu kan? sepanjang jalan x sampai semeter bersambung2 lampu neon nye.... RnR kat sini pulak memang kalah la dengan mesia.. mesia lagi comeyyy sungguh... sini boleh dikatakan asal ado je..highway diorang pun tak secantik highway mesia, even macam i cerita dalam entry lepas airport diorang pun simple je. so, in conclusion dalam hal ni, boleh disimpulkan bahawa kerajaan UK ni spend wisely, berkadar pada yang sewajarnya, asal saja ia capai matlamat sesuai dengan keperluannya..gitu haa... i bukan hentam kerajaan kita ni ye...even i sayang Malaysia and harap sharing ni dapat sedikit sebanyak memberi idea untuk kita improve lagi apa yg kurang di negara kita.. yang patut dilebihkan, tambahlah.. yang patut dikurangkan, kecilkanlah.. Sekian dulu..SHARING is CARING...adioss! wassalam.