SALAM Kerinduan untuk semua....
Alhamdulillah,,, besar rahmat dan kasih sayang Allah SWT tidak terungkapkan dengan kata-kata. Tak pernah terlintas di fikiran untuk sampai ke Jepun, akhirnya Allah mengizinkan kaki ini mencecah tanah negara matahari terbit itu bersama sebahagian daripada mereka yang disayangi oleh saya, beruntunglah badan...hehe.
Saja saya nak rekodkan pengalaman sepanjang percutian keluarga ke Jepun, disini sebagai suatu kenangan peribadi juga untuk mereka yang ingin sama-sama berkongsi kegembiraan saya.. Pada yang mungkin kurang senang, saya mohon maaf..tidaklah berniat men'sohor' for public, sekadar menzahirkan nikmat Allah pada hambaNya yang dikehendaki.. dan ia boleh berlaku pada sesiapa sahaja, bila-bila masa..
Sehari sebelum berangkat ke KL....
Semalam, hubby saya pulang dari Kuantan.. sayangnya, malam tu beliau mula demam.hati dah start bimbang sebab lusa dah nak bertolak ke Kl, pastu nak ke Jepun pulak.. kalau abang demam seminggu cane? x syok lah gi trip nanti...hati dah mula huhu.. walau apa pun, saya kuatkan semangat, mencuba yang terdaya, berdoa agar demam abang tidak melarat..suhu badannya agak panas bertambah-tambah..
Hari ini, banyak urusan perlu dibereskan. Abang berkeras mahu turut menjayakan semua yang termampu. Serba salah saya dibuatnya. After breakfast, kami pergi tinted cermin depan Honda. abang terkerut-kerut dahinya. maybe sakit kepala atau pening.. Pastu, kami ke TMC sebab abang nak cek kot-kot suspek denggi..lagi la huhu hatiku.. tunggu punya tunggu sampai abang terjelepuk kat sofa ruang menunggu TMC, akhirnya Dr.Zam panggil masuk. Ok. Suhu above 38 degree celcius. X pasti demam biasa atau denggi atau jangkitan virus. Hari ni tak boleh wat test sebab lab cuti hari deepavali. Pulak tu, Dr. Zam nasihatkan tidak ke Jepun in case takut demam melarat and jadi benda lain. Sebab ada case patient yang gi trip ke Korea, balik-balik tu kena virus infected sampai kena operate bagai..alahai. Bincang punye bincang, at last dia bagi antibiotik and advise buat pemeriksaan kat kL before fly to Japan. Kami akur.
Balik dari klinik, hubby cakap nak solat pastu terus tidur. Saya hamparkan toto kat ruang tamu tengah, tutup kipas, siapkan bubur nasi dan ikan kering plus air asam jawa. On the way balik tadi, hubby suruh belikan 100 plus isotonik sekali. 3 botol besar saya belikan.Huhu.
Sebelum hubby tidur, saya suapkan bubur nasi dan ubat yang Dr.Zam bagi tadi. Plus, 100 plus setengah botol. Hubby tidur, sambil saya lumurkan air asam jawa kat kepala dan badan beliau habis basah lencun. tak kisahlah.. hubby mengadu pulak tak dapat lelapkan mata sebab pening sangat, berpinar-pinar..then, saya picit kaki dan betisnya dengan losyen pati halia..tak lama lepas tu, barulah hubby terlena.. mungkin kesan losyen panas tu bertindak. ni demam urat laa ni...lenguh seluruh tubuh..mungkin sebab hubby selalu journey long distance driving..patutlah rasa macam kena denggi.. Huhu lagi.
Dah boring ke baca...? take it or leave it.....:)
5 petang. Hubby bangun, lapar katenye.. Alhamdulillah, nampak dah boleh celik sikit. Abang cakap lega lepas letak losyen pati halia tu.. Lepas solat Asar, kami ke rumah mertua saya, saja bertemu mata sebelum berangkat untuk suatu perjalanan yang jauh..
14 November,2012.. Rabu.
Hubby masih lagi nampak kurang bermaya tapi memutuskan untuk teruskan perjalanan ke kL pagi tu.. Kami singgah sarapan di Warung nasi kerabu Kadok. Sepanjang jalan, abang tidak banyak bicara.. sehinggalah kami mula masuk Bentong, hubby dah tunjukkan tanda-tanda beliau betul-betul sihat..dah nampak ceria dan mula berceloteh itu-ini.. hati dah mula senang. tiada lagi huhu:)
Kami tiba di kL kurang jam 3 petang. terus masuk pusat bandaraya, menuju kL Sentral.. sempat la sesat dua tiga langsat.hehe..4.30 akhirnya sampai ke ofis Bro Haniff kat Sentral 1..then, terus ke Japan Travel Bureau (JTB) mengadap Times Square kat Pudu tu untuk booking tiket Shinkansen sepanjang seminggu berada di Jepun nanti. Beli di Malaysia lagi mudah. lagi diskaun:).... My uncle, Wea yang turut serta trip nanti sudah siap menunggu. dah nampak boring sebab lama sangat tunggu..Wea, komenasai...hehe.
Penat. Wea balik ke hotelnya. Kami pulak solat jamak kat ofis Bro Haniff, Level 17. tinggi woo...balik Damansara, restttttt......
Ada suspense....!! to be continued........................................!
Thursday, July 30, 2015
17 months! Dah berhabuk my blog ni rupenye....pejam celik rupenye dah setahun lebih blog ni sunyi sepi from any updates. Nak tergelak pun ade baca blog yg lepas... ai speaking kaa? terabuq lintang pukang mak aihh oh my english!! abaikan..
Hermmmmm....(mengeluh panjang..) sekejap je setahun ni dah berlalu, macam2 hal yang terjadi suka duka lara gumbira macam2 ado.. untuk entri kali ni sebenarnye takde mende pun aih nak tulis, since my blog ni pun x la exposed to public sgt kan...hanya sekadar coretan peribadi yang haku sendiri baca..heheh.
By the way, Alhamdulillah, after 2 and half years struggling for MBA, finally I finished it. jap2 lom endorse pun lg...still waiting for senate meeting this coming september before graduation on late November. I x rase pun I sempat nak g convocation on this November sebab......I got a big big big plan to do because........heheheh...lek lu...
Sebelum ni I pikir nak cepat cari keje lepas habis MBA. Of course, I nak masuk academic training. But then, memandangkan projek besar yang bakal I dan suami serta anak2 lalui nanti mentidakmungkinkan I cari keje as soon as possible. So, my plan then bertukar la ke plan B (tadi tu plan A ke...?) yang mana I rase2 lah hati ini gatal nak sambung PhD pulak just like my hubby..heheh.
So, as encik suami sudahpun dapat offer letter untuk sambung phD di UK, n Alhamdulillah IELTS test pun dh menepati syarat KPM, so In shaa Allah tiada aral melintang, kami akan fly ke Leeds, UK pertengahan November ini...woweee hepinye hepinye.....!! I tumpang gembira sakan la sebab I pun dapat pergi sana ngan anak2 skali...syukur selalu Alhamdulillah...hihi.
Memandangkan tinggal lagi 3-4 bulan utk fly, macam2 la duk berputar dalam kepala ni tentang persediaan nak ke sana.. encik suami sibuk dengan urusan visa, unit cuti belajar dan sebagainya yang bersangkutan dengan pihak UMK sebagai majikannya. I pulak bz memikirkan apelah yg I nak buat kat sana dalam tempoh 4 tahun tu selain membesarkan anak ( or maybe tambah lagi new baby...hehe). For sure I have to plan for my future also. 4 tahun lama beb, kalau buat phd dah abis dalam tempoh 3 tahun kot! phd?? hummm satu lagi projek besar untuk dilaksanakan tu..... rase cam ketar lutut je nk sambung phd, kat UK, dalam keadaan my hubby pun tgh wat phd dia....oh my..mampu ke?? wait n c jelah nanti camane ye.... till we meet again, bubye!

Subscribe to:
Posts (Atom)